Hari ini , pelakon sensasi Zul Ariffin, 36 , telah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang di Instagram miliknya dan didenda sebanyak RM30,000 .
Zul mengakui bahawa dirinya diminta untuk memuat naik video berkenaan oleh individu dikenali demi mempromosikan drama lakonannya.
Namun tidak mahu memperbesarkan kes tersebut sehingga membabitkan banyak pihak dan mengaku bersalah terhadap dakwaan tersebut.
Zul juga sempat menitipkan pesan kepada rakan artis agar bertindak mengikut undang- undang dan berhati – hati semasa memuat naik video atau gambar di media sosial walaupun hanya sekdar mempromosikan drama .
Pormosi Drama
“Kita semua tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Disebabkan itu, jadikan kes ini sebagai pengajaran kepada semua orang di luar sana termasuk pelakon.
“Kalau disuruh muat naik apa-apa kandungan, tidak perlulah beriya-iya sangat. Betul tak? Kalau disuruh juga untuk tujuan promosi, tolong berhati-hati dan jadikan saya sebagai contoh.”
Walaupun tidak pernah berdepan dengan situasi yang membabitkan kes besar di mahkamah tetapi Zul lega kerana dapat bantuan dan nasihat daripada peguam dan rakan .
Zul sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong dirinya dan rakan media yang hadir untuk bersama dengannya ketika di makhamah.
“Saya ingatkan tiada yang akan datang beri sokongan tapi Alhamdulillah ramai yang hadir termasuk rakan media.”
“Saya enggan bazir masa mahkamah atau sesiapa. Jadi saya memilih mengaku bersalah kerana saya yang memuat naik video terbabit.”
BACA INI : Ini Respons Jaclyn Victor Tentang Gangguan Dari Kak Lina Ketika Persembahan
“Jika tidak, perkara ini akan terus berlanjutan dan saya tak nak hidup dengan rasa yang begitu. Jadi langkah terbaik saya anggap ini kesalahan atas kelakuan saya selain rasa bersalah kepada Allah,” katanya.
Zul juga bersyukur kerana segalanya berjalan dengan lancar dan semuanya sudah diselesaikan dengan baik tanpa perlu turun naik makhamah.