“Lantak la apa orang nak kata”,- Zarina Zainuddin

Pelakon dan usahawan Zarina Zainuddin kali ini mengakui melakukan pembedahan pada bahagian hidungnya agar kelihatan lebih elok selepas menjalani pembedahan membuang cecair pada bahagian wajahnya baru – baru ini.

Walaupun sebelum ini ramai yang menuduh dan membuat pelbagai spekulasi bahawa Zarina telah melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidung untukĀ  tampil lebih cantik.

Namun Zarina telah tampil menjelaskan bahawa dia melakukan pembedahan tersebut kerana terpaksa disebabkan masalah sibus yang dialaminya sejak dulu yang telah menjadi semakin teruk sehingga menyakitkan kepalanya.

Pembedahan Hidung

Bercerita tentang pembedahan tersebut , Zarina menegaskan dirinya hanya melakukan prosedur membetulkan bentuk hidungnya kerana terjejas bentuknya akibat pembedahan membuang cecair tersebut.

 

Dia juga mengaku tidak menukar atau merubah bentuk hidungnya tetapi hanya sekadar memulihkan bentuknya dan tidak mahu bahagian mukanya terjejas kerana kerjayanya sebagai seorang pelakon memerlukan wajah yang cantik.

“Selepas saya membuang cecair pada bahagian hidung, saya hanya betulkan hidung saya sedikit saja. Namun tidaklah sehingga menukar bentuk hidung.”

“Bukan apa, kerjaya saya sebagai pelakon tidak mahu bahagian muka terjejas akibat pembedahan membuang cecair pada bahagian hidung.”

 

 

“Namun apa yang diubah itu bukanlah begitu banyak sehingga terlalu lain. Baik saya tegakkan saja selepas itu mancungkan hidung ini,” kata Zarina.

Zarina turut bersyukur apabila masalah sinus pada bahagian hidungnya semakin pulih selepas menjalani pembedahan membuang cecair yang terkumpul di kawasan wajahnya dan kini masalah migrain yang dihadapi juga semakin baik.

“Alhamdulillah keadaan sinus saya semakin berkurang, cuma ada sedikit sahaja lagi di bahagian sebelah hidung yang tinggal.’

“Masa saya operate dan buka di bahagian hidung doktor dah buang cecair tersebut, tetapi katanya cecair itu akan bergerak. Migrain saya pun sudah semakin baik.”

 

“Saya tak tahu langsung ada sinus, setahu saya anak saya yang Azal tu ada sinus. Masa saya pergi luar negara, cuaca sejuk sehingga buat hidung saya jadi gatal. Kemudian jumpa doktor dia kata itu sinus,” katanya lagi.

BACA INI :Ibu Shuib Dedah Punca Anaknya Tak Mahu Sertai SRL

Zarina juga menegaskan yang dia tidak mahu mengambil tahu tentang pendapat orang lain tentangnya dan semua yang dilakukannya adalah demi kesihatan dan kerjayanya .

Leave a Comment

Share Artikel Ini