Terbaru , tular di media sosial apabila sebuah gambar yang memaparkan Zara Zya berada di atas pelamin dan sedang disarungkan cincin.
Zara atau pemilik nama penuh Zainurul Razia Mohd Zainuddin,38, dalam gambar tersebut dilihat memakai busana berwarna puith .
Walaupun pada jarak jauh dan hanya melihat pada sisi gambar tersebut , orang ramai sudah dapat mengenalpasti wajah artis tersebut.
Namun tiada sebarang perkongsian di media sosial miliknya tetapi sebuah Zara Zya telah membuat kenyataan berkenaan gambar tersebut .
Zara diasak dengan persoalan daripada peminat adakaha dirinya sudah menjadi tunangan orang dan bakal berumahtangga dalam masa terdekat.
Tetapi Zara memilih untuk tidak memberikan sebarang komen berkenaan gambar tersebut tetapi akan berkongsi semuanya apabila sudah bersedia.
Umumkan Bila Tiba Masa
“Maaf buat masa ini saya tidak boleh berikan sebarang komen. Apabila tiba masanya nanti, pasti saya akan berkongsi kepada umum”
“Apa yang boleh saya katakan adalah doa yang baik-baik saja buat saya. Terima kasih semua,” katanya lagi.
Walaubagaimanapun , Zara Zya mengakui sedang bahagia menegnali seseorang tetapi todak mahubercerita lanjut tentang perkara itu.
Zara juga mengatakan yang dia akan berkongsi tarikh yang sesuai apabila sudah ditetapkan oleh kedua belah pihak dan mengumumkan kepada orang ramai sesuai dengan keinginan peminatnya.
Bukan itu sahaja , Zara juga menjelaskan bahawa bakal suaminya itu bukanlah milik orang tetapi tidak mengesahkan siapakah orangnya yang bertuah itu.
“Adalah, Insya-Allah, tapi kalau ada tarikhnya, kita akan beritahu. Insya-Allah. Orang dalam industri atau bukan? No comment. Ini bahaya dan pastinya dia bukan milik orang,” katanya.
Malah Zara langsung tidak menafikan bahawa dirinya bakal menamatkan zaman bujang pada tahun ini dan sudah bersedia menempuhi fasa berumahtangga.
“Saya sekarang dah nak menginjak usia 40 tahun dan perkahwinan ini kita sendiri perlu tanya diri sama ada sudah bersedia atau tidak? jelasnya lagi.
Terdahulu , pelakon jelita ini pernah dikaitkan dengan pelawak Shuib apabila video yang dimuat naik di media sosial bersama pelawak terbabit menjadi tular sehingga orang menyangka Zara bercinta dengannya.
Namun Zara segera menafikan hubungan tersebut dan ianya hanya marketing untuk produk keluaran mereka dan kerana mereka sudah mempunyai pasangan masing2.
BACA INI :“Itu soalan bodoh,” – Mas Idayu “Sound” Nabil Ahmad
Bukan itu sahaja , Zara juga pernah dikaitkan dengan pengusaha kosmetik terkenal tanah air , Datuk Alha Alfa tetapi Zara pernah mendakwa yang mereka hanya berkawan baik dan mempunyai usaha bersama.