Setelah lama berkecimpung dengan Zara Zya kembali menjadi perhatian apabila dilihat semakin cantik dan menawan dengan wajah yang sedikit berubah.
Netizen membuat pelbagai spekulasi berkenaan wajah terbaru daripada Zya dan akhirnya pelakon jelita itu mengakui yang dirinya mengambil suntikan pada wajah dan bibirnya.
Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin menjelaskan bahawa perubahan hormon dan faktor usia telah menyebabkan dirinya terpaksa mengambil suntikan tersebut.
Zara juga mengaku yang perkara itu telah menjadi rutin bagi para artis dan wanita yang menitikberatkan soal kecantikkan termasuk dirinya yang merupakan pelakon.
Ditaja Sepenuhnya
Dia juga membuat keputusan untuk mengambil keputusan untuk membuat rawatan wajah setelah mendapat tawaran dan ditaja sepenuhnya oleh sebuah klinik estetik.
“Sejujurnya, memang ada beberapa klinik yang taja saya buat rawatan muka. Lagipun saya dah makin meningkat usia, jadi timbul kedutan dan saya ada suntik sikit.”
Zara juga mengakuit dua berpuas hati dengan rawatan yang dilakukan dan menjelaskan bahawa suntikan yang diambilnya hanya benbentuk vitamin yang manan ia berfungsi untuk menghilangkan kedutan serta cela pada wajahnya yang sudah berusia.
“Kalau dulu susah nak jumpa klinik estetik yang sesuai, jadi bila ada peluang, apa salahnya? Tapi ia lebih kepada vitaminlah.”
Tidak mahu berbalah dengan netizen , Zara bersedia mengakui dan tidak merasa menyesal melakukan rawatan tersebut kerana ianya perkara baik buat dirinya dan tidak memudaratkan dirinya dan orang lain.
“Saya tak kisah dan terpulang, lagipun saya rasa ramai sahaja yang buat. Selagi perkara itu baik untuk diri saya, saya tak kisah apa orang nak cakap, ” ujar Zara lagi.
Terdahulu , wajah Zara sering menjadi perhatian apabila membuat sebarang hantaran di media sosial miliknya sehingga ada yang menuduh dia melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan lebih cantik dan muda.
BACA INI :Jiran Arwah Abam Dedah Derita Hidayah Sejak Hari Pertama Arwah Meninggal
Namun ramai juga yang memuji kecantikkan Zara dan memuji Zara kerana kelihatan lebih berseri dan langsing walaupun sudah berusia 37 tahun.