Sebelum ini tular tentang sebuah kenyataan tentang seorang jurulatih terkenal yang dikatakan masih “laku ” dan baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan seorang artis muda yang berusia 29 tahun.
Rata – rata netizen membuat spekulasi bahawa pasangan tersebut adalah jurulatih berpengalaman, Datuk Zainal Abidin Hassan dan Fyna Jebat.
Mereka dikatakan sudah menikah baru -baru ini dan majlis dilakukan secara tertutup dengan dihadiri ahli keluarga dan orang terdekat tanpa pihak media .
Fyna Jebat merupakan salah seorang peserta yang pernah menyertai program hiburan Akademi Fantasi pada musim ke 9 dan mendapat tempat ketiga dalam rancangan realiti tersebut.
Tiada Kenyataan Atau Gambar
Dia juga merupakan adik kepada pelakon dan penyanyi terkenal , Ayda Jebat yang turut berada dalam rancangan tersebut tetapi telah tersingkir pada peringkat awal.
Namun sehingga kini tiada pengesahan atau sebarang kenyataan daripada kedua belah pihak dan mereka juga tidak ada berkongsi sebarang gambar di ruangan media sosial.
Sekadar info , Zainal Abidin Hassan pernah berkahwin kali pertama pada 1980-an dan sudah dikurniakan tiga anak.
Zainal Abidin cukup terkenal sebagai penyerang skuad kebangsaan era 1980-an dan 90-an yang membantu Malaysia meraih pelbagai kejayaan.
BACA INI :Nas Ahmad Sakit , Terlalu Cengkung Hingga Tidak Dikenali Ramai
Beliau pernah bermain untuk pasukan Selangor dan Pahang namun beliau bersara dari arena bola sepak pada tahun 1999 ketika berusia 38 tahun dan meneruskan kerjayanya sebagai jurulatih bola sepak.