Sebelum ini heboh tentang perkahwinan rahsia antara Datuk Zainal Abidin Hassan dan juga Fyna Jebat namun mendapat maklumbalas yang megatakan mereka sememangnya sudah berkahwin.
Malah timbul isu yang mengatakan kedua – dua isteri kepada bekas jurulatih bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin Hassan telah bertengkar dan bergaduh di sebuah restoran.
Namun tidak lama selepas itu , ada yang mendakwa mereka sudah berbaik dan saling bermaafan selepas kejadian itu berlaku dan kes dikatakan selesai begitu sahaja.
Baru – baru ini tular pula kenyataan yang menyatakan hubungan Fyna dan suaminya itu sudah musnah kerana tidak direstui oleh isteri pertama dan anak- anaknya.
Perkara itu juga sudah disahkan sendiri oleh saudara terdekat Zainal dengan memberitahu yang pasangan itu sudah bercerai sejak dua minggu yang lalu.
Tiada Persefahaman
Bercerita tentang punca penceraian pasangan itu , individu tersebut mengatakan yang tiada persefahaman antara Fyna dan isteri pertama Zainal Abidin, Datin Zalina Zaini sehingga terpaksa berpisah bagi tidak mengeruhkan keadaan yang sedang panas.
“Apa yang dikongsikan anak Zainal itu boleh saya cakap betul. Mereka memang sudah bercerai dua minggu lalu.
“Punca cerai adalah disebabkan kedua-dua isteri Zainal itu mereka tidak ada persefahaman. Jadi mereka ambil keputusan untuk bercerai,” jelas saudara kepada Zainal Abidin.
Semalam sebuah kenyataan daripada anak perempuan Zainal iaitu Zahira Aisyah dalam satu komen media sosial mendedahkan yang bapanya sudah menceraikan penyanyi itu.
Malah Zahira sempat mempertikaikan satu hantaran di media sosial yang mengatakan Fyna Jebat serta isteri pertama Zainal Abidin, Zalina Zaini sudah berbaik kerana pernah duduk semeja unutk berbincang tentang isu yang melanda mereka berdua.
“Kenapa perlu post balik cerita 4 bulan yang lepas? Also, my mom did not (malah ibu saya tidak) ‘berdamai’ with anyone and this story is not true (dengan sesiapa dan cerita ini tidak betul).
“And for your information my dad has divorced fyna jebat (untuk makluman anda bapa saya sudah ceraikan Fyna Jebat. Mohon delete post ni, thank you (tolong padam ciapan ini, terima kasih),” tulisnya.
Tidak hanya mendiamkan diri apabila pelbagai spekulasi yang ditulis berkenaan ibunya , Zahira Aisyah menerusi Facebook miliknya turut memuat naik hantaran seakan memberikan bayangan perkara sebenar yang berlaku.
Dia juga bersyukur kerana bapanya sudah membuat ‘keputusan yang tepat’ dan dia sekeluarga redha dengan ujian yang dihadapi oleh mereka sekeluarga.
BACA INI :“Dah tak macam dulu”, – Anzalna Kongsi Cerita Tentang Hidupnya Kini
Sekadar info, bekas jurulatih pasukan Pahang FC itu telah berkahwin dengan isteri pertama, Datin Zalina Zaini pada 1980 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.