youtubers Mohon Maaf Content Tarik Tudung

Satu video telah dimuat naik oleh Nick di saluran YouTubenya. Didalam video itu dia menjelaskan dan memohon maaf kepada semua penonton yang telah menonton video yang sebelum ini telah tular dimana dia telah memuat naik video ‘prank’ tarik tudung dua wanita di saluran Youtubenya.

“Aku minta maaf sangat. ‘Content’ itu adalah rancangan aku sendiri, semua aku yang ‘planning’ (rancang), aku yang buat.

“Aku harap korang boleh terima video aku dengan jelas. ‘Moral of the story’, nak tengok masihkah orang Melayu mempertahankan agama Islam dan menjaga maruah seseorang perempuan atau tak bila tengok ‘content’ macam ini.

“Apabila aku tengok (komen) aku nampak orang Melayu kita masih memegang agama Islam, masih mempertahankan,” katanya.

Didalam video itu juga, dua wanita yang dikatakan mangsa “prank” Nick juga mendedahkan bahawa mereka berdua mengakui bahawa mereka tidak memakai tudung. Bukan itu sahaja turut memohon maaf kepada semua yang tersinggung selepas menonton rakaman yang tular itu. Dua wanita itu sebenarnya adalah rakan Nick.

Nick dan dua rakan-rakannya juga berterima kasih kepada netizen yang telah menonton video “prank” mereka dan meminta netizen tidak menilai sesuatu dari sudut luaran sahaja.

Salah seorang rakan Nick bertanya kepadanya mengenai pandangan netizen yang mengatakan video dimuat naiknya sebagai sampah. Nick hanya menjawab, input dari kandungan video tersebut sangat memberi makna untuk dirinya.

Didalam ruangan komen video ini, rata-rata ramai yang tidak bersetuju dengan tindakkan YouTuber ini.

Sebelum ini, Nick telah mencetuskan kontroversi apabila telah memuat naik video ‘prank’ menunjukkan dia datang daripada arah belakang dan menarik tudung dua wanita tang tidak dikenali.

Video tersebut telah menjadi buah mulut netizen dan mengecam “Content” tersebut adalah sampah dan dikatakan sangat melampau sehingga seperti sanggup mempermainkan adab sopan budaya dan agama islam.

Leave a Comment

Share Artikel Ini