Pelakon jelita , Fouziah Gous, 38, baru – baru ini berkongsi tips tentang perniagaan yang mana dia menasihati rakan artis dan orang ramai yang mahu terlibat dalam perniagaan menyiasat latar belakang individu yang menawarkan suntikan modal atau dana.
Sekarang ramai individu yang menawarkan bantuan kewangan untuk menjalankan perniagaan dengan mudah tetapi sebenarnya mempunyai agenda lain.
Dia menasihati orang ramai agar tidak terjebak dalam kegiatan penggubahan wang haram dan menyebabkan masalah pada masa akan datang.
Fouziah juga mengakui yang perniagaannya bersama suami, Datuk Zhafran Md Yusof adalah sah dan tidak menggunakan dana daripada mana – mana pelabur yang terlibat dengan wang haram.
Tidak Berhutang
Walaupun mengambil masa yang lama untuk mendapat keuntungan daripada perniagaannya tetapi ianya terjamin bebas daripada syak wasangka dan yang penting keselamatan perniagaan itu lebih terjamin dan bebas daripada perkara yang Shubhah.
“Saya tidak pandai berhutang wang individu lain, jadi saya tidak akan mengambil risiko untuk mengambil pelabur yang latar belakangnya pun saya tidak pasti.
“Saya sanggup bermula dari bawah. Biarlah orang tak nampak usaha kita. Yang pastinya saya tahu apa yang saya buat dan dapat membezakan halal dan haram,” katanya.
Malah dia turut menasihati suaminya supaya tidak terbabit dalam kegiatan penggubahan wang haram dan menyusahkan diri sendiri pada masa akan datang.
“Saya pernah beritahu dia, jika ingin memulakan perniagaan bersama rakan niaga, tolong siasat latar belakang dan perkara itu adalah wajib.
BACA INI :“Siapa yang mengenali isteri saya mesti tahu,” – Izzue Islam
“Kita juga ada pihak berkuasa yang boleh membantu memeriksa latar belakang mereka bagi mengelakkan perniagaan kita terbabit dalam kegiatan haram,” katanya.