Yana Tak Mahu Bayar Ganti Rugi Kepada Aliff Syukri

Selebriti serba boleh , Yana Samsudin, 39, tampil menjelaskan kepada orang ramai bahawa isu perbalahan dengan Aliff Syukri adalah benar dan bukanlah gimik semata – mata seperti dakwaan netizen.

Kejadian tersebut berlaku ketika dia mengacarakan program raya terbitan Astro, dua minggu lalu tidak tidak menyangka perkara tersebut berlaku di bulan yang mulia ini.

“Apa yang berlaku bukan lakonan atau kontroversi murahan seperti sangkaan ramai, sebaliknya insiden pergaduhan ini memang berlaku.

“Saya dan suami, Fadzil Zahari tak sangka video ini tular selepas dua minggu insiden berlalu. Kami terkejut kerana percaya produser, Alif Farhan sudah menyelesaikan isu ini dengan Aliff memandangkan kejadian berlaku ketika rakaman.

 

Berani Kerana Benar

“Produser beritahu akan bertanggungjawab dan menyelesaikannya. Namun, sebaliknya video pergaduhan tular dan Aliff menuntut saya membayar ganti rugi bernilai RM400,000, jika tidak berdepan tindakan saman.

“Jujurnya, saya tidak gentar dengan gertakan Aliff. Kerana prinsip saya, berani kerana benar,” terangnya.

Dalam sebuah video yang tualr di media sosial , Dato Aliff dilihat mengamuk dan menuduh Yana memecahkan pasu hiasannya yang berharga RM400,000 ketika rakaman program raya itu berlangsung di kediaman Aliff Syukri.

Rakaman tersebut adalah untuk berkongsi mengenai persiapan raya buat keluarga Dato Aliff dan namun kemalangan berlaku apabila Aliff mula menayangkan barangan berharga miliknya.

“Ketika itulah Aliff mula menunjukkan barangan rumah termasuk set pinggan mangkuk jenama dan pasu mahal dimiliki , pasu terletak dalam almari dan memiliki sijil, jadi saya memang tahu pasu ini barangan berharga dan takkan berani menyentuhnya.

 

“Aliff memegang pasu dan tunjuk kepada saya. Dia suruh saya pegang pasu, tetapi saya tak nak sentuh , ,masa nak berikan pasu, saya tak sambut. Ketika itulah pasu terlepas daripada genggamannya dan terjatuh.

“Saya pelik kenapa barangan berharga nak suruh saya sentuh. Saya takut , jadi, tuduhan saya pecahkan pasu seperti tidak masuk akal, sedangkan saya tak sentuh pun,” ceritanya.

Disebabkan pasu itu pecah semasa rakaman , tiba- tiba Aliff mengamuk dan hilang akal sehingga mengeluarkan kata – kata kesat kepadanya dan membuatkan suaminya turut sama masuk campur .

“Aliff marah sebab saya tak sambut pasu. Dia yang hempas pasu, saya pula dipersalahkan , dia mula membebel dan mengeluarkan perkataan menghina. Itu yang membuatkan Fadzil hilang sabar dan mula bergaduh dengannya.

“Memang kejadian Fadzil bergaduh dengannya benar-benar berlaku, bukan lakonan , dalam video yang tular, saya memang agak kebingungan sebab terkejut. Saya juga cuba menenangkan keadaan dan suami pula ‘naik angin’.

 

 

“Ramai mempertikaikan wajah saya tidak seperti orang dalam ketakutan. Kenapa nak takut, sedangkan saya tak pecahkan pasu, ketika kejadian, rakaman sedang berlangsung. Jadi, sudah tentu video rakaman jadi bukti saya tidak bersalah dan tidak memecahkan pasu.

“Jika Aliff nak saman, saya tak kisah. Saya takkan bayar ganti rugi RM400,000 sebab terang-terangan bukan saya yang menghempaskan pasu , dalam rakaman kita boleh nampak Aliff seperti sengaja melepaskan pasu, jadi kenapa saya harus dipersalahkan” katanya.

Semasa kejadian berlaku Yana mengalami kecedaran ringan pada bahagian jari tangan akibat daripada percikan pasu yang pecah namun sudah semakin sembuh.

“Sepatutnya saya yang marah dan tidak puas hati. Saya menjayakan rakaman, tetapi saya pula tercedera , jari manis terluka tapi Alhamdulillah, sekarang luka sudah semakin sembuh,” katanya.

Yana tidak menyangka yang Aliff akan berkongsi video pergaduhan tersebut di media sosial sebelum berbincang dengannya dan bertegas tidak akan membayarnya .

“Ramai tuduh kami berpakat dengan Aliff melakukan gimik murahan. Adakah sebelum ini saya pernah terjebak dengan gimik seperti ini, saya dan suami takkan buat gimik hanya semata-mata mahukan program raya bersama Aliff ini tular.

BACA INI :“Mungkin juga kifarah buat kami ,” – Uqasha Senrose

“Jika mahukan program ini tular, saya terlebih dahulu muat naik insiden berlaku dalam media sosial, tetapi saya tak buat dan saya tak sangka Aliff muat naik video pergaduhan dan menuntut ganti rugi dan berikan saya tempoh 48 jam,” katanya.

Leave a Comment