Pelakon terkenal, Will Smith telah memuat naik satu video permohonan maafnya kepada Chris Rock selepas insiden yang berlaku di anugerah Oscar yang lalu.
Dalam video tersebut Will Smith sangat beremosi. Sebelum dia memuat naik video permohonan maaf ini, dia telah menghubungi Chris Rock terlebih dahulu tetapi Chris Rock masih tidak bersedia untuk berbicara dengannya.
“Chris, saya mahu meminta maaf kepada awak. Perbuatan saya sangat tidak boleh diterima. Bila awak dah bersedia untuk bercakap, saya sentiasa ada bila-bila masa.”
Smith telah dilarang menghadiri anugerah tersebut salama 10 tahun selepas dia melakukan perbuatan memalukan itu.
Ketika ditanya tentang apakah dia melakukan perbuatan itu selepas Jada Smith memberinya jelingan. Smith menjawab
“Tidak. Perbuatan itu adalah pilihan saya sendiri kerana baran saya, perbuatan ini telah mengheret keluarga sekali saya didalam isu ini. Maafkan saya sayang, anak-anak. ”
“Di dalam isu ini, saya sedikit pun tidak bersetuju apa yang telah sudah saya lakukan sehingga tidak hormat dan sanggup menghina”
Dalam video tersebut, Will Smith juga memohon maaf kepada keluarga Chris Rock.
Di akhir video itu Will Smith menyatakan bahawa dia sangat-sangat menyesal dengan tindakkannya itu. Dia menambah lagi bahawa dia hanyalah manusia biasa yang boleh melakukan kesilapan.