Warner Bros Menampilkan Kemunculan Ryan Gosling Sebagai Ken Untuk Kali Pertama

Sebelum ini Warner Bros telah memuat naik watak Barbie yang di pegang oleh Margot Robbie.

Semalam, lagi sekali Warner Bros telah memuat naik satu hantaran dimana mereka menampilkan watak Ken yang bakal dilakonkan oleh Ryan Gosling.

Seperti Robbie, ramai peminat dapat meneka bagaimana penampilan yang bakal ditunjukkan oleh Gosling sebagai patung mainan ikonik itu.

Melihat dari imej yang agak “sporty” yang ditunjukkan oleh Gosling didalam hantaran Warner Bros itu, penonton mudah membayangkan bagaimana watak dan peranan yang bakal ditunjukkan kepada peminat Barbie akan datang.

Filem Barbie bukanlah filem pertama yang dihasilkan diinspirasikan dari sesebuah permainan kanak-kanak. Seperti filem Lego, pengembaraan yang bakal diimaginasikan oleh pemiliknya. Penonton bakal tertanya-tanya pengembaraan yang mereka bakal tonton.

Filem Barbie bakal ditayangkan pada pertengahan tahun hadapan.

Leave a Comment

Share Artikel Ini