Wanita Dakwa Ditipu Oleh Pondan Tersohor Safiey Ilyas

Menurut sebuah perkongsian di Facebook, seorang wanita didakwa telah ditipu oleh usahawan kosmetik terkenal Safiey Ilyas yang dia gelarkan ‘pondan tersohor’.

Mengikut tangkapan layar hantaran yang telah tular dari akaun Facebook miliknya, wanita tersebut menceritakan semula bagaimana dia tertipu dengan membeli barangan preloved yang dijual di laman Instagram Safiey Ilyas kerana dirasakan harganya amat murah.

Dalam hantaran tersebut turut dinyatakan amaun yang telah dibayar untuk membeli bag preloved tersebut. Sebanyak Rm4500 telah digunakan untuk membuat bayaran terhadap barang yang ditipu oleh Safiey Ilyas.

Selain dari itu, pengguna laman media sosial yang lain juga berkongsi jumlah orang yang mempunyai masalah terhadap Safiey Ilyas sudah terlalu ramai. Dia menasihatkan agar orang lain tidak menjadi mangsa penipuan.

“Kalau aku dengan dia je ada masalah, mungkin ada betulnya di pihak dia. Tapi kalau dah berpuluh orang ada masalah dengan dia, confirm dialah punca. Korang nak percaya dia silakan… aku tak boleh paksa orang untuk benci dia. Cuma aku akan perjuangkan supaya tak ada lagi mangsa penipuan berterusan,”

“Saya diam asalnya sebab beliau up posting suruh beri peluang and ruang, ingatkan nak berubah rupanya bagi ruang and peluang untuk cari lebih ramai mangsa. Tapi kali ni modus operandi cukup berbeza, jual barang preloved, tapi bila sampai copy ori. Ada yang langsung tak terima barang.”

Dia turut menambah, sekiranya hutangnya tidak dilangsaikan, dia akan membuat tuntutan sebanyak rm100,000. Segala bukti yang diperlukan juga sudah disediakan untuk tindakan selanjutnya.

“So, kalau beliau tidak jelaskan semua hutang beliau dalam tempoh 3 hari dari tarikh posting ini kami akan membuat tuntutan keseluruhan sebanyak RM100,000. Tolong jangan jadikan kami mangsa dan aniaya kami untuk tujuan viral anda. Segala bentuk bukti transaksi, perbualan, voice note, report polis akan dijadikan bahan bukti tindakan selanjutnya,”

Leave a Comment

Share Artikel Ini