Gosip Artis

Walaupun Memiliki Suara Yang Sedap, Namun Netizen Pelik Kenapa Qody Rany Tidak Popular

Walaupun Memiliki Suara Yang Sedap, Namun Netizen Pelik Kenapa Qody Rany Tidak Popular – Disebabkan popularitinya yang tidak menyerlah berbanding penyanyi lain, peserta Big Stage musim 3 ini dikatakan seperti hanya mensia – siakan bakat nyanyian yang dimilikinya.

Qody atau nama sebenar Rossaidi Abdul Rani,26 mengakui dia juga turut menyedari perkara tersebut, namun dia menjadikan kejayaan serta perjalanan kerjaya penyanyi lain yang naik sama dengannya sebagai satu inspirasi.

“Kata-kata sebegitu kerap didengar. Mereka selalu cakap yang saya ada suara tetapi tidak dikenali seperti artis – artis lain. Bagi saya senang saja. Saya anggap sekarang bukan lagi “masa” saya sebab contoh dah banyak. Saya selalu ambil contoh terdekat seperti Hael Husaini dan Ernie Zakri.

Benda pertama yang saya selalu pegang adalah rezeki saya… kedua ialah usaha dan tawakal.

“Berapa tahun mereka ambil masa untuk sampai ke tahap sekarang ni… sampai orang nampak mereka,” katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Dia, dia berkata usaha dan tawakal akan adalah kunci kepada kejayaan seseorang.

“Kalau orang cakap kenapa bakat saya tak dihargai la apa la… saya bukan nak salahkan sesiapa.

Qody yang mula menempa nama dalam industri seni sejak tahun 2016 menerusi program Mentor Milenia.

“Sebab kalau kita bagus macam mana pun, mungkin attitude pula tak cukup baik. Kadang-kadang orang akan cakap suara ada tapi tak boleh jual, tak boleh pergi sebab attitude tak berapa elok,” ujarnya.

Qody yang mana merupakan salah seorang peserta yang layak mara ke peringkat seterusnya dalam Big Stage 2020 di samping Hafiz Zainal, Dinie Rashid, Fadh Majid Nana Sheme, Usop, Azzam Sham dan Farisha Iris.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker