HOT
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Home Gosip

“Walaupun Juara, Harga Kami Tidak Mahal” -Arteh-

Lutfi Shah by Lutfi Shah
June 5, 2022
in Gosip
0 0
0
“Walaupun Juara, Harga Kami Tidak Mahal” -Arteh-
0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kumpulan Arteh, pelawak yang menjadi juara rancangan realiti TV Mencari Sepahtu Yang Hilang dikatakan merasa kecewa kerana pelawak baru seperti mereka diberikan peluang yang terhad untuk menonjolkan bakat yang ada.

Menurut salah seorang anggota mereka, walaupun menyandang gelaran juara, mereka tidak meletakkan harga yang tinggi sebagai bayaran sekiranya dipanggil.

“Diharapkan semoga kami barisan pelawak baharu diberi peluang lebih banyak untuk tonjolkan bakat. Jangan risau, ‘harga’ tak mahal walaupun Arteh menyandang gelaran juara,”

“Kalau orang nak panggil atau tak nak panggil, terpulanglah pada pihak berkenaan. Namun, pada saya gelaran juara disandang bukanlah ‘tiket’ untuk Arteh jadikan ia sebagai platform terus mendapat peluang mudah bagi menonjolkan bakat kami”

“Sebabnya, semua bergantung kepada nasib dan rezeki. Ada orang, apabila jadi juara terus meletop dan ada juga orang yang jadi juara kena lama menyepi dulu sebelum dikenali,”

Mereka turut menjawab persoalan berkenaan penglibatan salah seorang ahli mereka dalam program Sepahtu Reunion.

“Dewa hanya mengikat kontrak untuk program Sepahtu Reunion musim lalu saja untuk 10 episod dan bagi yang terbaharu ini, dia tidak dipanggil lagi. Buat masa ini, Arteh juga bergerak secara solo dan berdua mengikut tawaran persembahan diterima”

“Bagaimanapun, sebagai barisan pelawak baharu memang kami mahukan diberi banyak peluang oleh pihak-pihak stesen TV dan pentas persembahan. Ini kerana, Arteh bukan hanya boleh berlawak, tetapi kami juga menyanyi kerana ada single dan band sendiri,”

 

Tags: arteh juara sepahtu yang hilangarteh kecewa peluang terhadarteh sepahtu reunionarteh tiada di sepahtu reunionarteh tidak diberi peluang tonjol bakatjuara mencari sepahtu yang hilangjuara sepahtu yang hilang artehkenapa arteh tiada dalam sepahtu reunionpelawak baru diberi peluang terhadsepahtu reunion musim baru
  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist