(Video) “Teruk Perangai , Patutlah Kena Tinggal ” , Netizen Jijik Lihat Noh Sengaja Meludah Atas Pentas

Selepas berpisah dengan Nina  , Noh sentiasa menjadi perhatian media dan baru – baru ini satu perkongsian di aplikasi berkenaan Nh menjadi perbualan hangat .

Dia yang sentiasa menjadi topik hangat apabila membuat persembahan dan cara berkomunikasi dengan media telah mencetuskan kemarahan orang ramai kerana kelihatan tidak sopan dengan orang sekeliling.

Perkongsia itu dirakam pada sebuah acara festival muzik yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang pada Sabtu lalu.

Dalam video berkenaan Noh atau Mohammad Noh Salleh, 37, dilihat menjelirkan lidah sebelum meludah ke arah peminat yang berada pada bahagian bawah pentas.

BACA INI : “Penat Jaga Badan, Akhirnya Kena Bakar” – Netizen Perli Azira Shafinaz

Menjengah keruangan komen berkenaan , rata- rata netizen tidak senang dengan tindakannya dan merasakan itu keterlaluan dan tidak beradap semasa menghiburkan penonton.

Malah mempersoalkan gelaran Haji pada Noh yang sepatutnya lebih sopan dan menjaga adap bila berhadapan dengan orang ramai dan menjaga imejnya sendiri.

Disebabkan banyak perkara yang tidak disenangi tetapi masih dilakukan oleh Noh menyebabkan netizen mendakwa dirinya tertekan dan merasa kecewa selepas berpisah dengan Nina.

Noh yang dahulunya menjadi ikon masyarakat kerana hijrah yang dikongsikan semasa bersama Nina berjaya memberikan pengajaran dan motivasi kepada orang lain.

Publisiti Murahan

NAmun kini ramai yang kecewa dengan sikapnya yang seperti sengaja mencari publisiti murahan dengan berkelakuan tidak senonoh di hadapan media dan orang ramai.

Tidak kurang juga yang menyokong Nina dengan meninggalkan Noh kerana sikapnya itu dan berharap agar mereka menemukan kebahagian yang baru demi masa depan mereka dan anak.

Peminat Noh masih memberikan sokongan dan berharap agar dia masih berada dalam landasan dan tidak tersasar hingga merosakkan diri hanya kerana kecewa kerana Noh adalah salah satu artis yang berbakat besar dan mempunyai peminatnya sendiri .

Leave a Comment