Semalam tular sebuah video yang dimuat naik di Tik Tok tentang seorang lelaki yang memukul dan mendera seorang wanita dengan kejam sehingga separuh nyawa.
Video yang berdurasi hampir 2 minit itu memperlihatkan seorang lelaki sedang menyeret seorang wanita dengan menarik tudung wanita tersebut dengan kasar di bahagian dapur kediaman mereka.
Malah dalam video berkenaan terdapat seorang kanak – kanak perempuan yang dilihat menangis melihat keganasan yang berlaku di depan matanya .
Kanak – kanak tersebut dilihat sangat ketakutan dan mencuba memohon maaf agar lelaki tersebut berhenti memukul dan mencederakan wanita tersebut.
Panas Baran
Terdapat juga seorang wanita yang difahamkan sebagai pembantu rumah di kediaman tersebut dan didakwa pernah diherdik dan dipukul orlh lelaki tersebut.
Dalam video yang dirakam itu , seorang lelaki yang turut menyebut “selamatkan mama” kepada kanak-kanak tersebut yang sedang menangis .
Mangsa yang dipukul pula hanya mampu menyebut “Ya Allah, dah, dah…” sewaktu dia diheret dan ditendang oleh pelaku yang hanya berseluar pendek warna putih dan tidak berbaju ketika kejadian itu berlaku.
Setelah video tersebut menjadi tular dan mendapat pelbagai komen daripada netizen , pemilik kepada video tersebut sudah tampil mendedahkan bahawa lelaki tersebut adalah bekas suami kepada penyanyi dangdut terkenal.
“Kenapa tak FYP? Tolong. Dia bekas suami A**** dangdut. Dia dera bini baharu pula. Tolong viralkan. Dia dah dera separuh mati,” dakwa pemilik video.”
Malah dia menjelaskan bahawa sudah membuat laporan laporan polis dengan bukti video berkenaan kes tersebut dan kini kes dalam siasatan polis.
Mangsa pula sudah dihantar ke hospital dan sudah mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) tetapi mengalami kecederaan dan trauma yang teruk akibat penderaan tersebut.
BACA INI :Lufya Tak Cemburu Bekas Suami Kawin Lain Cuma Perlu Bertangungjawab
“Report polis dan doktor dah dibuat di HKL. Tapi mangsa terlalu takut dan tengah sakit. Sebab dihentak di kepala. Didera separuh mati. Cuma semua tak dapat record.”
“Alhamdulillah Allah bagi juga peluang record dan lari. Saya yang post video ni. Dia isteri yang baik tapi suami panas baran yang melampau sangat. Silap sikit akan kena bantai.
“Dia dan anak dia dikurung dan kena pukul kalau tersilap. Anak tu adalah anak yatim guys. Anak dengan suami lama. Yang pakai tudung adalah orang gaji yang kena bantai juga,” tulis pemilik video itu.
Selain di aplikasi TikTok , video tersebut kini turut tular di laman sosil lain yang mana rata – rata netizen meninggalkan komen mengutuk dan membenci lelaki tersebut dan berharap agar dia dibawa ke muka pengadilan kerana mendera .