Video Pelakon Jesse Williams Berlakon Bogel Dirakam Curi

Jesse Williams pelakon siri tv popular Grey’s Anatomy dikatakan dengan berani berbogel di atas pentas dalam sebuah pementasan bertajuk Take Me Out. Namun perkara menjadi lebih kecoh apabila seorang penonton teater tersebut memutuskan untuk berkongsi aksi tersebut dengan seluruh dunia!

Video dan gambar yang diambil dari dalam Hayes Theater telah bocor dalam talian pada hari Isnin 9 Mei. Ia menunjukkan bintang siri Grey’s Anatomy itu berbogel sepenuhnya di dalam sebuah drama Broadway tentang seorang pemain baseball profesional yang Gay.

Imej-imej itu bukan sekadar pencerobohan privasi tetapi juga melanggar peraturan, ini kerana persembahan teater Take Me Out memerlukan penontonnya mengunci telefon mereka dalam kantung kain felt dengan tag keselamatan magnetik untuk melindungi pelakonnya, termasuk Williams, yang dicalonkan untuk anugerah Tony bagi watak yang dilakonkan itu.

“Semua orang membesar-besarkan perkara ini, Ia tubuh badan manusia. Sebaik sahaja anda melihatnya anda akan rasa, apa-apa sahajalah.”

Walaupun Williams nampaknya seperti tidak terlalu terkesan, orang-orang di sebalik tabir Take Me Out tidak mengambil mudah pelanggaran tersebut. Persatuan Ekuiti Pelakon mengecam rakaman dan kebocoran itu “dengan sekeras-kerasnya,” mengatakan pembocor itu tahu mereka melanggar peraturan.

“Pada setiap persembahan, terdapat persefahaman antara penonton dan penghibur bahawa kami berkongsi pengalaman terhad pada masa dan tempat ini; kepercayaan itu membolehkan kami didedahkan secara emosi dan fizikal,” kata presiden kesatuan Kate Shindle dalam satu kenyataan Selasa.

“Memijak perjanjian ini dengan merakam dan mengedarkan gambar dan video ini adalah gangguan seksual dan pelanggaran persetujuan yang mengerikan. Ia adalah pelanggaran yang menghalang keupayaan kolektif kami untuk bercerita dengan keberanian dan ketegasan.”

Leave a Comment

Share Artikel Ini