Gosip Artis

Video ‘minta kiss’ Timbul Lagi, MK K-Clique Malas Layan – “Tak perlu provoke benda tu, saya okey saja”

VIDEO ‘minta kiss’ Timbul Lagi, MK K-Clique Malas Layan – “Tak perlu provoke benda tu, saya okey saja” – Seperti sengaja ingin mencetuskan provokasi, video lama aksi manja penyanyi rap MK bersama anggota kumpulan K-Clique yang lain menjadi perbualan netizen semula sejak Ahad lalu.

Menurutnya, paparan skrin daripada video yang pernah dikongsikan pada 2019 itu dikongsikan semula di laman Twitter.

“Ini ke pujaan hati perempuan semua?” tulis pengguna tersebut.

Namun begitu, MK atau nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan, 24, semasa dihubungi berkata dia enggan terpedaya dengan cubaan provokasi terhadapnya.

“Saya malas dah nak layan benda tu. Tak perlu la provoke benda tu lagi. Saya okey saja apa orang nak cakap fasal saya. Saya tak nak komen apa-apa lagi tentang perkara ini.” katanya

“Saya tak kisah apa orang buat pada kami kerana yang penting K-Clique selamat, kerja kami okey dan InsyaAllah rezeki lebih luas,” katanya.

Yang penting K-Clique selamat, kerja kami okey dan InsyaAllah rezeki lebih luas. Terdahulu MK turut menulis di Instastory berhubung perkara berkenaan.

“Macam-macam cara orang guna mahu jatuhkan, memburukkan dan sebagainya. Tapi tak apa, saya okey. Buat apa kamu buat, InsyaAllah menjadi rezeki yang baik untuk saya,” tulisnya.

Selain itu, MK juga tidak malu berkongsi pautan video berkenaan untuk tatapan umum.

Sebelum ini, MK turut pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk ketika penyanyi itu dicium seorang wanita ketika bergambar bersama peminat.

Ia disusuli dengan isu muzik dan lirik lagu yang diketengahkan kumpulan itu yang didakwa berunsur lucah gara-gara lirik double meaning yang digunakan mereka di dalam lagu-lagunya.

Bukan itu sahaja isu mengaitkan MK yang memakai aksesori berupa rantai dan gelang emas turut hangat diperkatakan netizen.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker