Penyanyi muda , Ismail Izzani kembali menjadi sasaran netizen selepas tular sebuah video di aplikasi Tik Tik tentang seorang lelaki yang dilihat mirip dengan wajahnya berciuman dan berpeluk sakan dengan seorang wanita di sebuah kelab malam.
Menerusi video itu , lelaki yang dikatakan sebagai Ismail dilihat berpelukan sambil menari dan kemudian mencium pipi dan leher wanita itu dan mereka kelihatan sedang berseronok.
Video itu telah tular semalam dan mendapat maklumbalas daripada netizen dan mereka tetap mahukan penjelasan daripada penyanyi tersebut berkenaan isu itu.
Tidak mendapat penjelasan daripada Ismail , netizen berkeras mahukan penjelasan dengan meninggalkan komen di setiap hantaran lama di Ig miliknya.
Namun penyanyi berusia 22 tahun itu hanya mendiamkan diri dan tidak membalas komen berkenaan dan hanya mengupdate sebuah video nyanyi di Ig story miliknya malam tadi.
Kecaman Dan Nasihat
Bukan hanya kecaman , ada juga netizen yang masih berlembut hati dengan memberikan nasihat buat Ismail supaya berubah dan sentiasa menjaga nama baik keluarga.
“Saya peminat awak support semua lagu awak. Tapi bila kes macam ini saya memang kecewa. Kita ada agama, ada benda boleh buat dan tidak.”
“Tolong jangan melampaui batas. Saya harap dengan terbuka aib awak ini, awak dapat muhasabah diri. Buat solat taubat dan jaga air muka keluarga.”
BACA INI :Paru-Paru Berdarah , Nad Zainal Terpaksa Ditidurkan
“Allah beri ujian sebab sayang. Ingat Mail, mak ayah bangga awak jadi artis dan ada pendapatan sendiri. Jangan hancurkan hati mereka. Ini baru sikit Allah jentik. Moga Mail jadi lebih baik,” komen netizen.
Sekadar info , Ismail adalah anak kepada penyanyi veteran ,Datin Suliza Salam yang mana dia sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila tersebuar video dia berpelukan dengan seorang rakan artis senior pada tahun 2018.
Namun dia sudah berjanji akan lebih berhati-hati dan berharap peminat dapat menerima kembali dirinya selepas perkara itu berlaku namun kini dia kembali dengan kontoversi lagi.
Ramai yang beranggapan dia sengaja mencetuskan kontroiversi demi menaikkan kembali namanya setelah lama tidak muncul di media kerana tiada lagu baru .