HOT
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Home Berita

4 Kanak-Kanak

admin by admin
June 10, 2023
in Berita
0 0
0
4 Kanak-Kanak
0
SHARES
5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Empat kanak-kanak yang hilang di hutan selepas nahas pesawat ditemukan hidup selepas 40 hari kehilangan mereka.

Presiden Colombia Gustavo Petro mengumumkan berita gembira itu dengan turut memuat naik gambar adik-beradik itu di Twitter.

Portal Independent melaporkan Petro mengumumkan bahawa empat beradik yang hilang selepas pesawat yang mereka naiki terhempas di hutan hujan Amazon disahkan terselamat dan sedang menerima rawatan perubatan.

“Kegembiraan untuk seluruh negara! Empat kanak-kanak yang hilang 40 hari lalu di hutan Colombia didapati masih hidup,” kata Petro di Twitter pada Jumaat.

Petro berkata, kanak-kanak yang ditemukan itu adalah contoh takdir kelangsungan hidup dan meramalkan kisah mereka akan kekal dalam sejarah.

Adik-beradik itu, Lesly Jacobombaire Mucutuy, 13; Soleiny Jacobombaire Mucutuy, 9, Tien Noriel Ronoque Mucutuy, 4, dan Cristin Neriman Ranoque Mucutuy, 11 bulan, antara penumpang sedang dalam perjalanan dengan pesawat Cessna 206 ketika ia terhempas pada 1 Mei berhampiran wilayah Guaviare.

Ibu mereka, Magdalena Mucutuy, juruterbang pesawat itu, dan seorang lagi penumpang terkorban dalam kemalangan itu tetapi kanak-kanak itu tidak ditemukan di mana-mana ketika pencarian awal, menurut Tentera Udara Colombia.

Mucutuy sedang dalam perjalanan bersama anak-anaknya ke Bogota untuk bertemu suaminya Manuel Ranoque untuk bersama-sama memulakan hidup baharu.

Menurut El Tiempo, Ranoque, yang mempunyai pertalian dengan seorang pemimpin politik tempatan, sebelum ini tinggal di rizab orang asli Puerto Sabalo bersama keluarganya.

Dia terpaksa melarikan diri berhijrah ke Bogota selepas menerima ugutan kumpulan penjenayah yang beroperasi di kawasan itu.

Ranoque dilaporkan mendapat pekerjaan dan menyimpan wang selama sebulan setengah untuk membiayai pengangkutan keluarganya dari komuniti terpencil mereka, ke ibu kota Colombia.

  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist