Baru – baru ini perkongsian di media sosial Tik Tok , Uyaina menjadi perhatian dan dihujani kecaman gara – gara berkongsi video yang sedang trending di aplikasi popular tersebut.
Walaupun ianya hanya gurauan antara sahabat namun ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan Uyaina itu kerana ianya melibatkan syurga dan neraka.
Malah netizen menyifatkan bahawa gurauan tersebut keterlaluan dan tidak sepatutunya dilakukan oleh wanita yang terpelajar dan berpengaruh sepertinya.
Menerusi video tersebut, Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 30, dengan bersahaja mengaku dirinya tidak mahu masuk ke neraka seorang diri dan mahu mengheret Bella sama bersamanya ke neraka.
“Tuhan jika suatu hari aku masuk neraka, maka masukkanlah juga temanku. Temanku lebih banyak salah daripada aku, masa aku masuk sendiri Tuhan?,” katanya.
Uyaina berkongsi perkara tersebut menerusi akaun TikToknya dengan menggunakan audio Moodnya yang sedang trending di laman sosial tersebut besama dengan Bella Dally.
Dikritik Dan Dikecam
Bertindak seperti itu hanya kerana berniat untuk mengikut trend Tiktok , Uyaina akhirnya mendapat kritikan dan kecaman hebat daripada netizen sehingga ke peminatnya sendiri.
Malah ada yang menuduh , dia sengaja melakukan perkara tersenut walaupun sudah tahu ianya salah demi menarik perhatian ramai dan fyp di aplikasi tersebut.
BACA INI :Chef Wan Terkilan Adik-Beradik Tak Mahu Jaga Mak
Tidak mahu mengeruhkan keadaan , Uyaina hanya mendiamkan diri tanpa membalas komen daripada netizen dan membiarkan hantaran tersebut di Tik TOk tanpa memadam atau menutup bahagian komen hantaran tersebut.