Gosip Artis

Usop Buat Ramai Yang Sebaik Apabila Nyanyikan Lagu ‘Bukan Ku Tak Sudi’

USOP Buat Ramai Yang Sebaik Apabila Nyanyikan Lagu ‘Bukan Ku Tak Sudi’ – Semalam semasa konsert minggu keempat “Big Stage 2020” musim 3 para peserta menyanyikan lagu yang bertemakan “Baby Bash” dengan bertenaga sekali! Dengan mendendangkan lagu – lagu lama itu, sekaligus dapat menggamit nostalgia yang popular semasa tahun mereka dilahir.

Usop yang mula dikenali menerusi sebuah rancangan realiti  yang popular di sebuah rangkaian TV. Walaupun sebelum ini pernah digelar sebagai Artis Kampung, namun artis ini meningkat naik sekaligus dapat mencuri pencinta seni suara. Tidak cukup dengan itu, Usop yang terkenal dengan lagu Selamanya juga telah diumumkan sebagai peserta yang memperoleh markah tertinggi dua minggu berturut – turut.

Mendendangkan lagu ‘Bukan Ku Tak Sudi’ oleh Allahyarham Saleem, ternyata penyanyi berusia 23 tahun ini berjaya memukau juri dengan persembahan mantap serta kehebatan vokalnya. Bahkan kemampuannya mengolah penyampaian lagu tersebut dengan penuh emosi sekaligus membuatkan Ajai memberikan markah sebanyak 93% kepada anak jati Kedah ini.

Masa saya produce lagu ni, saya rasa Allahyarham Saleem yang boleh menyanyikan lagu ni dengan baik. Tapi bila awak bawa, ada cara tersendiri & menyedapkan lagi lagu ni, nyanyian awak buat saya sebak. Jarang saya sebak dengar orang nyanyi & setiap perkataan yang keluar ikhlas – Ajai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker