Setelah tular sebuah video di aplikasi Tik Tok tentang penggambaran yang dilakukan Tya Ariffin dan mendapat kritikan hebat daripada netizen kerana dikatakan keterlaluan dan mencari publisiti murahan demi menjual produk keluaran terbarunya,
Tya dikatakan sengaja melakukan aksi di luar jangkaan dalam video berdurasi singkat yang menayangkan pembikinan belakang tabir video yang bakal dilancarkan nanti.
Dia dikatakan sedang menjalani penggambaran bagi mempromosikan produk kecantikan keluaran syarikat miliknya yang sedang dipasarkan di seluruh Malaysia , Singapore , Indonesia dan Brunei.
Tya yang dahulunya seorang pelakon , kini sudah menjaya usahawan berjaya apabila mengeluarkan pelbagai produk dengan jenamanya sendiri dan mendapat sambutan hangat di pasaran.
Hari ini , Tya atau Nurtia Wulandari menjelaskan penyebaran video itu tidak sepatutnya berlaku dan mendakwa ia berpunca daripada pihak tidak bertanggungjawab sehingga mengundang kecaman terhadap dirinya dan keluarga .
BACA IN : Nad Zainal Akui Diri Lebih Tenang Dan Gembira Selepas Bercerai
Penyebaran video itu menyebabkan dirinya serta keluarga terdekat mendapat kecaman kerana ketidak puasan daripada netizen kerana aksi yang dilakukan dalam video berkenaan tidak sepatutnya dilakukan oleh wanita bertudung sepertinya.
“Video itu tidak sepatutnya dikongsi kepada umum kerana versi penuhnya akan dilancarkan pada 10 Oktober ini ,ada pihak mengambil rakaman semasa penggambaran dan ia telah mengundang prespektif berbeza.”
“Biasalah ketika penggambaran ada juga orang luar yang datang dan pihak itu menyebarkannya,” jelasnya lagi.
Kecewa
Tya yang kecewa dengan penyebaran video tersebut tidak mahu memberikan komen panjang lebar bekenaan isu tersebut dan berharap agar orang ramai melihat video sepenuhnya yang bakal dilancarkan Oktober nanti.
“Saya sedih kerana video tersebut tersebar lebih awal tapi buat semua, sabar dan tengok apa yang sebenarnya berlaku apabila ia dilancarkan nanti. Terima kasih kerana memberi sokongan kepada saya,” katanya lagi.