Gosip Artis

Tular Video Pasangan Remaja Bercumbu Di Restoran, Nora Ariffin Mengaku Itu Anak Gadisnya

Tular Video Pasangan Remaja Bercumbu Di Restoran, Nora Ariffin Mengaku Itu Anak Gadisnya – Baru  – baru ini tersebar satu video yang mana seorang remaja lelaki dan perempuan bercumbu di laman sosial Twitter yang mana pada asalnya video tersebut daripada aplikasi TikTok.

Disebabkan perbuatan yang tidak senonoh itu, kebanyakkan netizen melemparkan kecaman yang agak teruk kepada pasangan tersebut.

Dan lebih megejutkan lagi apabila identiti gadis yang berada dalam video tersebut rupanya anak perempuan kepada penyanyi popular di Malaysia iaitu Nora Ariffin. Setelah dipaksa banyak pihak, wanita tersebut mengaku perkara tersebut menerusi laman Instagram dia.

Nora yang turut terkejut dengan insiden tersebut mengaku yang di sangat terkilan dan dia mengaku telah melakukan yang terbaik dalam mendidik anak – anak ke jalan yang benar.

“Allahuakbar. Dengan penuh rasa terkilan. Saya mengaku gadis itu adalah dia. Sebagai seorang ibu kami telah cuba sedaya upaya untuk mengajar, membimbing dan mendidik, serta memberikan apa yang terbaik dan termampu dalam kapasiti yang terbatas. Namun, sebagai seorang manusia kita tidak boleh lari daripada membuat kesilapan.”

Nora kemudiannya menutup komen pada entri tersebut dengan menjelaskan bahawa anaknya itu masih muda dan ada banyak lagi kesempatan untuk belajar daripada kehidupan. Malah wanita tersebut juga mengakui bahawa dia juga mempunyai kelemahan sebagai seorang ibu.

Setelah video itu tersebar di Twitter, Putri Nor Dahlia sendiri telah tampil dan menjelaskan cerita sebenar. Katanya, insiden itu berlaku bukan atas kerelaan sendiri dan dia cuba ke belakang untuk mengelak tapi tidak berjaya.

Malah dia menyatakan dia bergaduh dengan teman lelakinya itu selepas video itu dirakam dan memutuskan hubungan mereka.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker