“Tolong jangan bagi aku satu set dengan dia”- Puteri Balqis

Pelakon yang sudah meningkat dewasa , Puteri Balqis baru – baru ini mencetuskan tanda tanya apabila berkongsi sebuah hantaran yang meluahkan rasa kecewa kepada seseorang.

Dalam satu perkongsian di Ig story miliknya , Balqis dengan terbuka menceritakan tentang sikap seorang pelakon wanita berusia 14 tahun yang sengaja mencari masalah dengan dirinya dan orang lain tanpa sebab yang munasabah.

Puteri Balqis Azizi, 16, atau lebih mesra dengan sapaan Aqish mendakwa yang pelakon remaja tersebut pernah memerlinya dalam salah sebuah video yang dihasilkan termasuk membandingkan kecantikannya dirinya.

“Kau ni baru 14 tahun, tak banyak beza pun dengan aku. Tapi perangai ‘cringe’ kau mengalahkan orang tua , habis semua orang kau nak perli dalam video kau. Dengan aku yang tak bersalah ini pun kau nak perli, nak bandingkan dengan kecantikan kau.

Tak Mahu Berlakon Bersama

Bukan itu sahaja , Balqis berharap yang dirinya tidak akan berlakon bersama dengan individu tersebut kerana tidak mahu mengadap perangainya yang tidak menyenangkan itu.

Malah Balqis tidak mahu memanjangkan perkara tersebut dan tidak mahu terlalu memikiran kritikan pelakon tersebut terhadap dirinya kerana ia boleh mengganggu kesihatan mentalnya.

“Tolonglah jangan bagi aku satu set dengan dia. Tak sanggup tengok dia libas rambut 20 kali seminit. Bangga dengan teman lelaki yang muka tak semenggah tu . Adoii .Jangan babitkan aku. Ubat depression aku dah nak habis ni,” tulisnya panjang lebar.

BACA INI :Riezman Khuzaimi Terpaksa Gunakan Pendakap Leher Sehingga Hari Ini

Sehingga kini , tiada sebarang kenyataan daripada Balqis tentang siapakah individu yang dimaksudkan olehnya dan masih belum ada maklumbalas daripada artis remaja tentang dakwaan tersebut.

Leave a Comment

Share Artikel Ini