Sebelum ini tular tentang perpisahan antara Zarina Anjoulie dan bekas tunangnya sehingga masing – masing sering berkongsi tentang keburukkan antara mereka .
Pada mulanya mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan hubungan mereka namun pihak lelaki sengaja memuat naik vidoe dengan captin yang memalukan Anju dan menyebabkan Anju membalas kenyataan tersebut.
Anju memilih untuk membuat penjelasan secara langsung yang mana dia mengakui dirinya merasa terkilan apabila dituduh sebagai kaki kikis dan tidak pandai bersyukur.
Sedih dan Terkilan
Zarina yang kelihatan sedih sehingga menitirskan airmata menyatakan dirinya tidak pernah meminta namun sering diberikan hadiah dan barangan mewah oleh bekas tunangnya itu .
Terkenang tentang hubungan mereka , Anju sempat mengucapkan terima kasih kepada Khazrul atas segala pemberiannya dan berdoa agar ditemukan dengan jodoh yang baik.
Tetapi , pelakon wanita tersebut mulai merasa marah apabila bekas tunang, Khazrul masih menceritakan perihal hubungan mereka berdua sehingga Anju merasakan ianya aib untuk disebarkan ke media sosial.
Tidak hanya mendiamkan diri , Zarina turut menceritakan yang dirinya memiliki kunci rumah bekas tunangnya itu pernah beberapa kali kerumahnya dan menuduh Khazrul sebagai munafik.
Bukan itu saja, Zarina juga membuat perkongsian tentang pengakuan seorang wanita yang pernah berhubungan dengan Khazrul malah mendakwa dirinya pernah dipaksa dan dipukul oleh Khzarul dikhalayak ramai sehingga memalukan dirinya.
Wanita tersebut yang juga seorang pelakon mengakui terkejut sebelum ini apabila mengetahui Anju mempunyai hubungan istimewa dengan Khazrul namun tidak menyuarakan apa yang pernah terjadi kepadanya kerana bimbang merosakkan hubungan antara mereka.
Khazrul dilihat masih lagi memerli Zarina di media sosial dan mengakui sudah bersedia untuk memiliki pengganti yang lain selepas berpisah,
Netizen menggangap yang Khazrul hanya mempermainkan Anjua dan hanya menjadikan Anju sebagai bahan konten bagi meraih pengikut di media sosial miliknya demi populariti.
BACA INI :Ibnor Riza Kini Dalam Keadaan Koma
Rata – rata netizen berharap agar Anju lebih berhati -hati dalam memilih pasangan dan bersabar atas apa yang menimpa dirinya serta keluarga .