Sebelum ini Nadia Brian pernah berkongsi secara terbuka mengenai keganasan dalam rumah tangga yang pernah terjadi kepada ibunya dan dia pernah melihatnya sendiri.
Namun perkara tersebut sudah menjadi kisah silam buat keluarganya dan mengakui sudah tiada dendam yang bersarang dihatinya buat ayah kandungnya itu.
Nadia Brian, 31, juga mengaku yang ibunya juga telah mendidik mereka sekeluarga agar tidak menyimpan sebarang dendam terhadap ayah mereka kerana perkara itu sudah lama berlaku dan tidak mungkin akan berulang lagi.
Malah dia masih berhubungan baik dengan ayahnya itu walaupun sudah lama tidak bertemu dan hanya bertemu ketika mempunyai urusan yang penting seperti mahu berkahwin.
“Saya tak ada masalah sebab dari kecil pun, ibu saya mendidik kami adik beradik supaya tidak membenci ayah. Tapi, kita membesar, melihat dan belajar,” katanya.
“Saya berhubung dengan ayah saya ketika kakak saya nak berkahwin dahulu. Itu kali pertama kami berhubung semula. Kemudian, sekali lagi adalah ketika saya nak berkahwin.’
Pengalaman Hidup
Nadia sentiasa belajar untuk menerima apa yang berlaku sebagai pengalaman yang mendewasakan dirinya dan tidak pernah menjadikan ia benteng untuk dia berjaya dalam hidup.
“Ibu saya pun tak ada menyimpan dendam atau apa. Kesan daripada itu, saya belajar untuk ‘switch’ mental saya. Kalau tidak, mungkin saya tak jadi Nadia seperti sekarang.”
“Mungkin kalau saya tak berjaya ‘switch’ mental saya, saya dah jadi seorang yang berbeza contohnya, suka memberontak dan sebagainya.”
“Jadi, saya dah berjaya ‘switch’ mental saya, memahami bahawa situasi itu sudah terjadi dan saya tak mahu ia terjadi lagi,” katanya lagi.
BACA INI JUGA :Kritikan Pedas Daripada Mas Idayu Buat Sissy Iman Menangis Dalam Famili Duo
Kini Nadia hanya meneruskan hidup dengan lebih baik dengan melupakan apa yang berlaku malah menjadikan semuanya sebagai pengalaman berharga buat dirinya dan keluarga agar menjadi insan yang lebih baik pada masa depan.