Tiada Siapa Dekat Muka Bumi Ini Yang Sempurna – Caprice

Menerusi hantaran Instagram Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, dia meluahkan rasa tidak faham dengan sikap netizen yang mengecam penceramah terkenal itu disebabkan video tular anak lelakinya.

“Video panas Syafii Tee, Ridhuan Tee akui diri tidak sempurna. First of all, Malaysia, Cap tak Tak faham netizen yang kecam ayah dia. Tak semestinya ayah kita Ustaz, anak kita confirm takkan buat dosa. Tak semestinya ayah kita polis, anak kita confirm takkan buat jahat.” Kata Caprice.

“My point is, Malaysia, tiada siapa dekat muka bumi ini yang sempurna. Dan Cap yakin ibubapa akan sentiasa bagi terbaik untuk anak-anak mereka.Sama juga sebagai anak, kita akan belajar daripada ibubapa dan belajar dari kesilapan. Takkan korang tak pernah buat silap. Asalkan kita belajar dari kesilapan. Ubah dan sentiasa melangkah ke hadapan”

Sejak beberapa hari lalu, kecoh mengenai rakaman video memaparkan pelakon Syafie Tee didakwa berpelukan dan mencium seorang wanita sehingga tular di aplikasi TikTok.

Leave a Comment

Share Artikel Ini