Pelakon drama terkenal Juvana , Adam Shahz semalam membuat kenyataan balas apabila dituduh meroyan dan tidak move on selepas tersebar videonya yang dikatakan sengaja membuka aib bekas isterinya , FAtin Afifah.
Dalam kenyataan tersebut , Adam sempat memohon agar Fatin Afeefa mengubunginya dengan segera bagi menyelesaikan isu tentang hak penjagaan anak perempuan mereka iaitu Ivery Herra Sophia.
Malah Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, 41 menegaskan jika permintaannya itu tidak dipenuhi, dia tidak akan teragak – agak membawa kes itu ke mahkamah.
“Saya memang tidak akan berdiam diri kerana apa yang saya lakukan ini semuanya adalah untuk menuntut hak keadilan dan maruah , lagipun selagi pihak sebelah sana mendiamkan diri jadi selagi itu saya akan tetap teruskan lantang di media sosial.”
Hubungi Segera
“Saya akan tetap bawa kes ini kepada pihak mahkamah dan biar mereka yang selesaikan lagipun saya tak kisah sekiranya sanggup habiskan duit janji saya dapat tuntut hak penjagaan dan dapat bertemu dengan anak saya.”
“Kalau dia saksikan video ini satu je saya nak pesan, tolong jumpa dan hubungi saya. dan saya tak mahu orang tengah yang selesaikan isu rumah tangga kita, jangan sampai saya buka aib satu persatu tu okay,” katanya .
BACA INI :Sakit Sejak Kecil Hingga Elizabeth Tan Alami Masalah Keguguran Rambut Yang Teruk
Bukan itu sahaja , Adam turut memberikan amaran kepada netizen yang meninggalkan komen berbaur fitnah dan negatif tentang dirinya yang mana dia bersedia bersemuka dan membawa perkara tersebut ke muka pengadilan.
“Saya memang sengaja tidak memadam komen di media sosial walaupun ramai yang beri komen negatif, semuanya itu akan saya kumpul dan tunggu saja surat saman daripada saya.” luahnya.
Pertelingkahan mereka bermula apabila Adam dikatakan tidak menunaikan tanggungjawab selama berpisah yang mana Adam tidak memberikan nafkah kepada anak mereka yang dijaga oleh Faten.
Bukan itu sahaja , pasangan ini turut membuka aib antara mereka sehingga netizen turut ikut campur dan meninggalkan pelbagai komen di media sosial mereka .