Teruskan, Saya Yakin Saya Tidak Bersalah -Sharnaaz Ahmad

Sharnaaz Ahmad yang baru sahaja bebas hari ini setelah direman selama 3 hari selapas disyaki menumbuk dan menendang seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium.

Ketika ditanya oleh wartawan apa yang telah terjadi sebenarnya, Sharnaaz Ahmad menyatakan dia baru sahaja selesai disiasat oleh pihak polis. Bukan itu sahaja, apa yang telah tular beberapa hari ini adalah hal yang tidak benar. Sharnaaz menyatakan bahawa ada sidang akhbar akan dilakukan dari pihaknya dalam masa yang terdekat untuk membersihkan namanya.

Ditanyakan tentang perbuatannya oleh wartawan Sharnaaz menjawab

Saya tidak bodoh untuk melakukan perkara seperti itu. Insyaallah cerita yang sebenarnya akan keluar. Kepada sesiapa yang membuat spekulasi yang menyatakan saya panas baran tunggu cerita sebenanya dan harap bersabar.

Sharnaaz Ahmad atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad bin Basir Ahmad 36,  ketika dia ditahan, dia telah dilayan dengan baik oleh pihak polis. Dia juga mendapat banyak pengajaran ketika ditahan.

Tambahnya lagi ketika disoal tentang peminatnya yang masih yakin tindakkannya itu adalah betul dia hanya menyatakan

Teruskan, saya yakin saya tidak bersalah. Insyaallah saya akan buktikan pada semua bahawa ada kebaikan yang saya buat dalam isu ini yang orang lain tidak tahu yang tidak diceritakan yang saya bakal ceritakan ketika dimakamah nanti.

Sharnaaz mengharapkan pihak diluar sana, lebih-lebih lagi pihak media dan peminatnya tidak membuat spekulasi bahawa dia seorang penjenayah setelah direman. Dia hanya disiasat oleh pihak polis sahaja.

Dihujung temubual, Sharnaaz menambah

Segala kenyataan yang dikeluarkan, hanya dari sebelah pihak sana sahaja, dari pihak saya masih belum mengeluarkan apa-apa lagi kenyataan. Tiada isu panas baran didalam hal ini.

Sebelum ini, telah tular satu berita bahawa ada seorang artis terkenal telah dituduh menumbuk, menendang, dan mengugut membunuh seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium.

 

Leave a Comment

Share Artikel Ini