Terlepas Pertuduhan Cabul, Da’i Syed Maafkan Segala Kecaman

Terbaru, hakim Jamaludin Mat memutuskan membenarkan permohonan peguam Syed Amirul Syed Edros untuk melepas dan membebaskan Da’i Syed atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.

Da’i Syed berkata dia sendiri tidak tahu menahu tentang keputusan mahkamah dan menerima dengan berlapang dada. Dia juga memaafkan mereka yang selama ini mengecamnya demi memberikan dirinya ketenangan.

“Ada yang berpendapat ini tidak adil kerana saya tidak dihukum. Namun, saya sendiri tidak tahu menahu mengenai keputusan mahkamah dan menerima dengan berlapang dada”

“Tindakan untuk memaafkan mereka yang mengecam selama ini adalah untuk memberikan ketenangan kepada saya. Tidak dinafikan pelbagai andaian dan tohmahan dilemparkan”

Menurut dia lagi, pengalaman direman selama beberapa hari itu tidakakan dilupakan dan dia turut memanjatkan rasa bersyukur kerana keputusan berpihak kepadanya.

“Pengalaman direman selama beberapa hari tidak akan saya lupakan. Buat masa ini, tiada apa yang ingin saya luahkan kecuali bersyukur kerana keputusan berpihak kepada saya”

“Saya sangat menghargai kata-kata semangat dan sokongan serta tidak lupa buat pihak yang mendoakan kesejahteraan buat saya”

Leave a Comment

Share Artikel Ini