Gosip Artis

Tengok 10 Kali Tetap Tak Bosan! – Filem Jebat Mendapat Perhatian Penonton

TENGOK 10 Kali Tetap Tak Bosan! – Filem Jebat Mendapat Perhatian Penonton – Filem Jebat yang mempunyai kesinambungan dengan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada kalangan penonton sejak mula ditayangkan tiga hari yang lalu.

Filem yang mengabungkan dua orang pelakon terkenal dan sering digandingkan bersama iaitu Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose mendapat sambutan hangat kerana rata – rata penonton mengakui terhibur dengan jalan cerita yang diarahkan oleh Jamal Khan itu.

Selain itu, ramai yang menyatakan filem ini cukup berbaloi untuk ditonton. Disebabkan itu juga, mereka yang sudah menontonnya mengambil peluang untuk menyaksikan filem ini berulang – ulang kali dalam tempoh 48 jam selepas pembelian.

“Dah 10 kali tengok!,” tulis salah seorang pengikut Sharnaaz.

“Dah tengok..best sangat-sangat. satu hari berkali-kali tengok. Memang sesuai gandingan dengan Nelydia,” komen seorang penonton lain.

“Gilalah, memang best. Lawak, aksi dan paling best romantik. Sharnaaz dan Nelydia memang serasi. Nak lagi please gandingan mereka berdua. Dah enam kali ulang tengok,” luah Aina Qaisarah.

“Best! Dah lima kali tengok. Hari ini nak tengok lagi,” komen Esya Rahim.

Jebat mengisahkan seorang bekas ketua gangster (lakonan Sharnaaz) yang telah bertaubat dan cuba hidup sebagai orang biasa dengan bekerja sebagai penternak ikan dan berkahwin. Bagaimanapun, seterusnya dalam kumpulan gangster masih mengganggu hidup baharunya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker