Percutian
Trending

Tempat Menarik Di Selangor

Selangor merupakan negeri terkaya di Malaysia. Merupakan negeri yang banyak tempat menarik untuk percutian dan makan-makan. Gua nak share tempat menarik di Selangor yang orang Selangor sendiri pun tak tahu.

Apa Yang Menarik Di Selangor ?

Siapa cakap di Selangor tiada tempat menarik yang boleh dilawati? Anda boleh merujuk pada artikel ini jika anda bercadang untuk berjalan – jalan ke Selangor!

Gua akan kongsikan kepada anda tempat – tempat menarik di Selangor yang anda wajib datang sebagai destinasi percutian yang menggamit memori!

Tempat Menarik Di Selangor

1. Zoo Negara

temapt menarik di selangor img 1

Jika anda bercuti bersama anak – anak dan membawa mereka kesini pasti mereka akan gembira. Di Zoo Negara, terdapat pelbagai jenis haiwan yang menarik dari dalam dan juga luar negara yang merangkumi mamalia, burung-burung, amfibia, ikan dan juga reptilia.

Disini, anak – anak anda juga dapat menambah ilmu mengenai haiwan haiwan yang sebelum ini hanya dapat dilihat melalui kaca TV sahaja. Kawasan Zoo Negara ini sangat luas dan ia mungkin memakan masa sehingga 2 atau 3 jam.

2. I-City Shah Alam

temapt menarik di selangor img 2

Disini terdapat pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan terutama sekali di SnoWalk yang merupakan kawasan permainan musim sejuk berais indoor yang pertama di Asia Tenggara. Di SnoWalk, anda boleh mengalami sendiri pengalaman berada dalam kawasan beriklim sejuk pada suhu -5 darjah celsius.

Selain itu, tarikan popular adalah City of Digital Light, Trick Art Museum, The Red Carpet Museum & juga Water World I-City.

3. Sunway Lagoon Theme Park

temapt menarik di selangor img 3

Jika anda suka bermain permainan air, anda boleh ke Sunway Lagoon Theme Park, disini terdapat 6 tarikan utama iaitu Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Scream Park, Lost Lagoon & Extreme Park.

Tarikan paling popular iaitu Water Park menjanjikan satu pengalaman di taman tema air yang pasti menggembirakan. Terdapat banyak gelongsor air yang mendebarkan & kolam air yang menarik untuk pengunjung.

4. Batu Caves

temapt menarik di selangor img 4

Sekarang, Batu Caves bukan sahaja menjadi tempat keagamaan bagi penganut Hindu, malah ianya telah menjadi tempat pelancongan yang terkenal di Selangor.

Pengunjung perlu mendaki sebanyak 272 anak tangga yang agak curam bagi melihat keindahan bukit & gua batu kapur yang sangat besar. Di sepanjang tangga ini, anda boleh lihat pemandangan sekeliling yang menarik untuk bergambar & berswafoto.

5. Farm In The City

temapt menarik di selangor img 5

Destinasi ini adalah sebuah taman haiwan seperti namanya yang terletak di kawasan Sri Kembangan. Taman ini terkenal bukan kerana mempunyai banyak binatang menari, namun konsep tarikan haiwan juga menunjukkan kelainan daripada kebanyakkan zoo.

Terdapat 14 stations lawatan yang boleh anda terokai di zoo ini di mana setiap station menempatkan haiwan-haiwan & tarikan yang berlainan. Keseluruhannya, Farm In The City mempunyai koleksi haiwan pameran yang mencakupi spesis burung-burung, reptilia, serangga eksotik & sebagainya.

6. Taman Botani Shah Alam

temapt menarik di selangor img 6

Jika anda bercuti bersama keluarga, tempat ini sangat sesuai dengan anda. Taman Botani Shah Alam menempatkan banyak tarikan untuk anda sekeluarga lawati seperti taman haiwan, rumah iklim, taman bunga, tasik yang cantik, taman kaktus & taman herba.

Disini juga terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti kawasan perkhemahan, taman reakrasi, parkir kereta atau bas serta kemudahan yang lain.

7. Bukit Melawati Kuala Selangor

temapt menarik di selangor img 7

Jika anda seorang yang meminati sejarah, anda wajib melawati Bukit Melawati! Disini terdapat banyak kesan sejarah kerana dahulunya disini merupakan sebuah kubu kuat Kesultanan Melayu Selangor pada abad ke 18. Di atas bukit ini, bertempatnya kubu pertahanan yang dahulunya menjadi benteng melawan musuh.

Kawasan ini terletak strategik di atas bukit dan anda boleh melihat pemandangan Sungai Selangor & juga Selat Melaka. Di sekitarnya juga, masih terdapat replika meriam lama & benteng batu yang pernah berfungsi sebagai kubu pertahanan satu masa dahulu.

8. Bangi Wonderland Theme Park & Resort

temapt menarik di selangor img 8

Bangi Wonderland Theme Park ini merupakan sebuah taman tema yang baharu sahaja dibuka pada Ogos 2016. Jika anda sukakan aktiviti yang mendebarkan, disinilah tempat yang sesuai untuk anda! Gelongsor air yang terdapat disini dapat membuatkan jantung anda berdegup kencang! Gelongsor air yang dimaksudkan adalah The Fall, Wonder Loop & juga Insane Racer.

Jika anda ada masalah sakit lutut, tidak disyorkan untuk mencuba aktiviti yang lasak. Tetapi anda masih boleh mencuba aktiviti lain yang ada di Bangi Wonderland Theme Park.

9. Hutan Rekreasi Sungai Congkak

temapt menarik di selangor img 9

Jika anda ingin meluangkan masa dengan bermandi manda bersama ahli keluarga, anda disyorkan untuk meluangkan masa di Hutan Reakrasi Sungai Congkak yang terletak di Hulu Langat.

Kawasan ini terletak didalam sebuah perkampungan melayu dan anda boleh melihat banyak rumah kampung disini. Pada setiap hujung minggu pula, ramai pengunjung yang datang mengisi masa lapang dnegan melakukan aktiviti riadah bersama keluarga.

10. Tadom Hill Resort Banting

temapt menarik di selangor img 10

Tadom Hill Resort merupakan salah satu tempat yang sering dijadikan destinasi untuk diadakan family day. Lokasi Tadom Hill Resort hanya terletak kira – kira 15 minit sahaja dari KLIA dan 50 minit daripada Kuala Lumpur.

Tadom Hill Resort yang berkeluasan 40 ekar ini dikelilingi dengan tasik, bukit batu kapur dan pelbagai jenis pokok. Di Tadom Hill Resort ini terdapat 6 jenis penginapan yang boleh dipilih oleh pelancong seperti Hakka Village, Lakeside Bamboo Tent, Hammock Sphere, Gendui Chalet & sebagainya.

Semoga dengan artikel ini dapat memudahkan perjalanan anda melawat tempat menarik Selangor dan selamat bercuti dengan indah!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker