PercutianTempat Menarik

Tempat Menarik Di Perak

Perak merupakan antara tempat percutian yang mempunyai pelbagai daya tarikan. Sesuai untuk mereka yang meminati sejarah, alam semulajadi dan juga menerokai makanan-makanan yang sangat sedap di sini

Apa ya tempat menarik di Perak untuk kita lawati kalau bercuti di sini? Tengah bercadang untuk bercuti ke Perak pada cuti akan datang tapi masih tercari – cari tempat menarik yang anda wajib lawati.

Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Pahang, dan keempat terbesar di Malaysia.

Gosip artis akan kongsikan kepada destinasi – destinasi menarik yang anda perlu pergi jika datang ke Perak.

Tempat Menarik Di Perak

1. Menara Jam Condong Teluk Intan Perak

tempat menarik di perak img 1

Jika sebut mengenai Perak pasti terfikir mengenai Menara Condong yang sering disebut – sebutkan. Menara Condong yang terletak di Teluk Intan ini telah menjadi mercu tanda dan dibina sekitar 1885.

Menara yang berusia lebih daripada 100 tahun ini mempunyai ketinggian 85 kaki dengan 110 anak tangga seperti Menara Pisa di Itali pasti menjadi destinasi tarikan ketika anda berkunjung di Teluk Intan.

Keunikan ini pasti menjadikan Menara Condong sebagai lokasi penggambaran bersama keluarga dengan pemandangan yang cantik dan tersedianya kemudahan untuk bersantai tidak akan membuatkan anda berfikir lebih untuk merasai sendiri pengalaman ini.

2. Gua Kek Look Tong Perak

tempat menarik di perak img 2

Tahukah anda bahawa di kawasan Ipoh terdapat banyak gunung? Salah satu yang menjadi pilihan kebanyakkan pelancong adalah Gua Kek Look Tong.

Tempat ini sebenarnya adalah tempat beribadat bagi orang yang beragama Buddha tetapi dibuka kepada kunjungan awam kerana struktur dalaman semulajadi yang unik yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Suasana didalam gua yang pasti memukaukan anda kerana terdapat stalactie dan stalagmite yang menjadikan bentuknya begitu indah serta nyaman!

3. Kellie’s Castle Perak

tempat menarik di perak img 3

Kellie’s Castle adalah sebuah kawasan yang luas dan anda bebas untuk menerokainya. Tempat ini sebenarnya dibina oleh seorang peladang yang berasal daripada Scotland, iaitu William Kellie Smith dan ianya sebuah istana lama dimana pembinaanya tidak sempat disiapkan.

Anda boleh naik hingga ke puncak Kellie’s Castle bagi melihat keseluruhan lokasi ini, tetapi dinasihatkan kepada anda supaya berhati – hati semasa menaiki ke atas.

4. Pulau Orang Utan Perak

tempat menarik di perak img 4

Pulau Orang Utan yang berkeluasan 35 ekar merupakan sebahagian daripada Bukit Merah Laketown Resort. Uniknya mengenai pulau ini kerana ianya terletak di tengah tasik dari Bukit Merah. Pulau tersebut yang menempatkan lebih daripada 20 ekor orang utan dari peringkat umur bayi hinggalah peringkat dewasa.

Disini pengunjung boleh melihat dengan jelas orang utan melakukan aktiviti harian mereka dengan melalui terowong sangkar besi sepanjang 100 meter. Orang Utan yang berada di sini adalah dari habitat semulajadi mereka sendiri.

5. Ipoh Mural Art Trail Perak

tempat menarik di perak img 5

Jika anda pernah ke Pulau Pinang dan mengetahui sedikit sebanyak mengenai Street Art disana, di Perak juga terdapat mural iaitu Ipoh Mural Art Trail yang juga dilukis oleh yang sama melukis di Pulau Pinang iaitu Ernest Zacharevic seorang pelukis mural terkenal. Anda boleh bergambar disini.

6. Kota Belanda Perak

tempat menarik di perak img 6

Kota Belanda merupakan salah satu destinasi yang anda tidak boleh lepaskan peluang jika ke Perak. Kota Belanda yang terletak kira – kira 100 meter dari pantai di Teluk Gadang ini adalah adalah sebuah kubu lama yang telah berusia lebih daripada 300 tahun yang dijadikan sebagai gudang penyimpanan bijih timah.

Pengunjung boleh melawat Kota ini secara percuma sambil melihat beberapa rumah limas tradisional Negeri Perak dan juga peninggalan – peninggalan penjajahan dahulu. Anda tidak perlu risau jika ke sini kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti gerai makan, gerai cenderahati dan macam macam lagi.

7. Kelip-Kelip Kampung Dew Perak

tempat menarik di perak img 7

Pernahkah anda terfikir untuk melihat kelip – kelip dengan mata anda sendiri? Di Kampung Dew yang terletak di kawasan Simpang Ampat, Semanggol anda boleh menjadikan impian anda itu menjadi kenyataan!

Pengunjung akan dibawa menaiki feri bagi melawat kawasan tersebut dengan mengambil masa selama 30 minit pergi dan balik. Kelip-kelip dengan jumlah yang banyak berterbangan mengeluarkan cahaya pada waktu malam di sini sangat mempesonakan anda seolah-olah melihat bintang di langit.

8. Lost World of Tambun Perak

tempat menarik di perak img 8

Lost World of Tambun adalah salah satu destinasi yang wajib anda kunjungi tidak kiralah anda bercuti bersama rakan – rakan ataupun keluarga. Disebalik tembok besar dan patung kucing ini, terdapat pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan seperti :

  • Lost World Water Park
  • Lost World Petting Zoo
  • Hot Spring & Spa
  • Lost World Adventure Park
  • Lost World Tin Valley
  • Lost World Amusement Park
  • Lost World Tiger Valley

9. Pusat Pengurusan Penyu Segari Perak

tempat menarik di perak img 9

Destinasi yang terletak di Pantai Pasir Panjang ini menjadi tumpuan para pelancong kerana terdapat Pusat Pengurusan Penyu. Disini aktiviti pemuliharaan haiwan yang terancam iaitu Penyu sebelum dilepaskan ke dalam laut.

Terdapat dua jenis penyu yang mendarat di pusat ini iaitu Penyu Agar dan Penyu Lipas. Jika anda ingin melihat penyu mendarat, anda boleh berkunjung ke sini pada bulan Mac hingga Julai.

10. Pulau Pangkor Perak

tempat menarik di perak img 10

Pulau Pangkor adalah pulau ketiga yang terbesar di Malaysia. Pulau ini mempunyai pemandangan yang cantik dan menawan. Di Pulau Pangkor juga terdapat pantai yang indah dan bersih serta air lautnya yang biru kehijauan seperti Pantai Pasir Bogak, Teluk Nipah, Coral Beach dan juga Teluk Belanga.

Selain itu, disini juga terdapat pelbagai aktiviti sukan air yang anda boleh cuba seperti scuba driving, berkayak, snorkelling,  memancing, menaiki banana boat, jet ski dan banyak lagi. Bagi pengunjung yang ingin menjelajah keseluruhan pulau juga tidak perlu risau kerana terdapat perkhidmatan sewa kereta, teksi, motosikal dan juga basikal.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker