Percutian
Trending

Tempat Menarik Di Penang

Penang terkenal dengan tempat makan yang sedap-sedap kerana kebanyakkan tempat makan Penang diwarisi dari generasi ke generasi. Jom lawati tempat menarik di Penang dalam artikel kali ini.

Apa Yang Menarik Di Penang ?

Pulau Pinang adalah salah satu negeri yang anda sebagai rakyat Malaysia lawati. Pulau Pinang yang sering kali dikaitkan dengan syurga makanan akan membuat anda tidak cukup masa untuk bercuti disana.

Selain mempunyai tempat makan yang menarik, di Pulau Pinang juga terdapat tempat – tempat menarik yang anda wajib kunjungi jika membuat percutian ke Pulau Pinang!

Gua akan kongsikan kepada anda tempat – tempat menarik di Pulau Pinang bagi rujukan anda semua jika hendak ke Pulau Pinang.

Tempat Menarik Di Pulau Pinang

1. Bukit Bendera, Air Itam Penang

tempat menarik di pulau pinang img 1

Jika anda ke Pulau Pinang, rugi rasanya kalau tidak ke Bukit Bendera. Bukit Bendera merupakan satu destinasi yang sangat popular sejak zaman berzaman. Kawasan tanah tinggi ini adalah lokasi yang terbaik bagi anda untuk melakukan aktiviti yang lebih santai bersama pasangan ataupun anak – anak.

Pengalaman menaiki kereta kabel yang akan memberikan pengalaman baharu kepada anda dimana pengalaman ini sangat berbeza dengan menaiki LRT mahupun keretapi di Kuala Lumpur kerana perjalanan anda menuju ke puncak Bukit Bendera amatlah curam dan mendebarkan. Namun setelah sampai ke atas, anda akan menikmati pemandangan yang indah.

2. Penang Street Art, George Town Penang

tempat menarik di pulau pinang img 2

Untuk makluman anda, Georgetown adalah salah satu tempat yang tersenarai di Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2008. Oleh itu, sempena festival Georgetown, beberapa bangunan lama di bandar tersebut telah dihiasi dengan lukisan Ernest Zacharevic, seorang artist jalanan.

Walaupun hanya lukisan – lukisan mural di dinding bangunan, namun anda jangan terkejut jika perlu menunggu lama untuk bergambar. Sebaiknya, anda disyorkan untuk bergambar sebelum pukul 11. Sambil bergambar, anda boleh berjalan menyelusuri jalan tersebut sambil melihat suasana bangunan – bangunan lama yang terdapat disitu.

3. Pantai Batu Ferringhi

tempat menarik di pulau pinang img 3

Jika anda inginkan suasana tepi pantai yang tenang maka Pantai Batu Feringghi adalah destinasi yang paling popular yang perlu anda lawati. Selain daripada dapat menghirup udara segar di pantai ini, anda juga dapat melakukan pelbagai aktiviti seperti parasailing, banana boat, jetski dan banyak lagi bersama keluarga anda!

Anda tidak perlu risau jika ingin lakukan aktiviti sukan disini kerana mempunyai ramai operator yang menyediakan pelbagai jenis pakej menarik kepada pengunjung. Persisiran Pantai Batu Ferringhi juga sangat panjang & lapang, sesuai untuk berkelah atau bersantai melihat pemandangan indah terutamanya pada waktu matahari terbenam. Air lautnya mungkin tidak sehebat di kawasan pulau, namun sangat sesuai serta landai untuk aktiviti mandi manda.

4. Golden Sands Resort by Shangri-La Penang

tempat menarik di pulau pinang img 4

Jika anda bercuti bersama anak – anak yang masih bersekolah, tempat ini sangatlah sesuai untuk anda dan keluarga. Ini kerana, Hotel Golden Sands Resort by Shangri-La merupakan sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di Pantai Batu Ferringhi dan mempuyai kolam renang yang menarik.

Selain daripada lokasinya yang sangat strategik, hotel ini juga mempunyai kemudahan yang lengkap bagi percutian anda di Penang seperti kolam mandi yang mempunyai gelongsor air & juga indoor playground yang dikenali sebagai Adventure Zones.

5. Avatar Secret Garden, Tanjung Tokong, Penang

tempat menarik di pulau pinang img 5

Taman yang terletak kira – kira 8KM dari bandar Georgetown dan bersebelahan Tokong Thai Pak Koong ini mempunyai dekorasi taman di tepi pantai yang dipenuhi dengan cahaya neon LED yang sangat menarik!

Seperti namanya Penang Avatar Secret Garden, suasananya seperti di Pandora iaitu sebuah destinasi khayalan dari babak filem fantasi Hollywood, Avatar. Seusai matahari melabuhkan tirainya di ufuk barat, maka bermulalah masanya taman ini bertukar wajah & akan bercahaya seolah-olah anda sedang berada di dalam dimensi yang lain. Secara tepatnya, lampu-lampu di sini akan dipasang sekitar 7.30 pm.

6. ESCAPE Theme Park, Teluk Bahang, Penang

tempat menarik di pulau pinang img 6

Jika anda seorang yang sukakan aktiviti lasak jangan lepaskan peluang ke Escape Theme Park! Dengan lebih daripada 33 pilihan aktiviti outdoor yang menarik disini membuatkan anda tidak cukup masa seharian disini.

Aktiviti disini bukan sahaja untuk dewasa, malahan juga sangat sesuai untuk yang datang secara bekeluarga dan juga kanak – kanak. Dengan kemudahan yang lengkap serta mempunyai pelbagai jenis kemudahan yang lengkap, kebanyakkan organisasi menjadikan destinasi sebagai destinasi pilihan bagi acara seperti team building ataupun hari keluarga.

7. The Top Penang

tempat menarik di pulau pinang img 7

Di tingkat 68 Menara Komtar pada ketinggian 250 meter dari tanah, anda boleh menerokai keindahan seluruh Pulau Pinang dari sudut pandangan seekor burung yang sedang terbang.Selain itu, anda juga dapat berjalan di atas kaca lutsinar yang dikenali sebagai Rainbow Skywalk.

Ditingkat ini juga anda boleh melihat matahari terbenam. Manakala di aras bawah Rainbow Skywalk terdapat Observation Deck dimana anda boleh melihat suasana sekeliling dengan lebih selesa dan mempunyai penghawa dingin.

8. 3D Trick Art Museum, GeorgeTown , Penang

tempat menarik di pulau pinang img 8

Jika anda seorang yang “instagram person” anda perlu datang kesini bagi mencantikkan feed instagram anda! Disini terdapat pelbagai jenis lukisan yang boleh mengelirukan mata yang memandang. Lokasi 3D Trick Art Museum ini berdekatan dengan Fort Cornwallis & Mee Sotong Hameed.

Jika anda datang seorang ke sini, anda tidak perlu risau kerana terdapat staf yang akan membantu anda untuk merakam gambar dari posisi yang terbaik.Di aras bawah muzium ini, kebanyakannya mengetengahkan gambar yang berkonsepkan budaya, suasana perkampungan & kesenian setempat. Aras duanya pula lebih membuatkan anak-anak teruja kerana lukisan-lukisan 3D di sini lebih dekat dengan jiwa mereka yang berkonsepkan watak animasi kartun, haiwan & sebagainya. Satu destinasi yang sangat disyorkan untuk mereka yang suka bergambar dalam suasana yang menarik.

9. Wonderfood Museum Penang

tempat menarik di pulau pinang img 9

Wonderfood Museum merupakan sebuah tarikan yang unik di Pulau Pinang. Muzium ini terletak didalam bangunan dengan rekabentuk kolonial 1940an dan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Info Zone, Wow Zone dan Educational Zone.

Di dalam seksyen pertama, dipamerkan 100 jenis street food dan makanan tradisional yang terkenal dalam kalangan komuniti Melayu, India, Cina dan Peranakan yang kesemuanya diletakkan di dalam gelas kaca. Untuk Zon Info, anda dapat melihat pameran bersaiz mini tentang bagaimana rakyat tempatan menikmati makanan di gerai-gerai di tepi jalan, gerai mamak dan macam-macam lagi.

10. The Habitat Penang Hill

tempat menarik di pulau pinang img 10

Jika anda seorang yang pencinta alam semulajadi namun tidak berminat untuk meredah hutan yang akan menyebabkan badan melekit, anda perlu lawat destinasi ini. Anda tidak perlu meredah hutan ataupun merentasi sungai tetapi anda dapat melihat suasana hutan rimba disini.

Anda boleh menikmati keindahan flora dan fauna dengan hanya berjalan kaki menerusi canopy walk sepanjang 230m yang dibina diatas Bukit Bendera. Dari pelantar ini, anda boleh melihat pemandangan Selat Melaka, bukit bakau dan juga pulau yang berdekatan. Anda boleh berswafoto di sini.

Semoga dengan artikel ini dapat membantu anda mengatur perjalanan anda di Pulau Pinang. Jangan lupa share kepada rakan – rakan!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker