PercutianTempat Menarik

Tempat Menarik Di Langkawi

Langkawi merupakan antara tempat yang paling best untuk kita lawati. Merupakan kepulauan bebas cukai, pastinya menjadi syurga beli-belah kaum ibu-ibu. Jom kita tengok apa lagi tempat menarik di Langkawi!

Pulau Langkawi merupakan salah satu destinasi pelancong yang utama di Malaysia. Langkawi yang berkeluasan hampir 48000 hektar dan merangkumi 99 pulau di sepanjang Selat Melaka yang terpisah daripada Semenanjung Malaysia.

Langkawi bukan sekadar sebuah pulau yang menjadi tarikan pelancong kerana ia diisytihar sebagai kawasan zon bebas cukai. Gosip artis akan kongsikan kepada anda tempat – tempat menarik di Langkawi yang wajib anda lawati jika membuat percutian disini.

Tempat Menarik Di Langkawi

1. Pantai Cenang Langkawi

tempat menarik di langkawi img 1

Siapa yang datang ke Pulau Langkawi, wajib singgah disini! Disini terdapat pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan termasuklah berswafoto dengan latar belakang “Langkawi Permata Kedah”. Disini juga terdapat aktiviti air yang anda boleh lakukan seperti jet ski, banana boat, parasailing dan banyak lagi!

Anda juga boleh menghirup udara segar di tepi pantai sambil berkelah makan – makan bersama keluarga. Yang penting, anda perlu menjaga kebersihan pantai ini dan sila buang sampah ke tong sampah yang disediakan.

2. Kereta Kabel Langkawi

tempat menarik di langkawi img 2

Kalau dah sampai Pulau Langkawi, rugilah kalau taknaik kereta kabel! Kereta kabel di Langkawi ini adalah kereta kabel paling panjang didunia dengan panjang 2.2KM dan paling curam di Asia iaitu dengan kecuraman 42 darjah! Kereta Kabel Langkawi ini terletak di Gunung Mat Cincang yang berketinggian 709 meter di atas paras laut ke puncak. Jika anda wang lebih, bolehlah anda memilih untuk menaiki gondola yang mempunyai lantai kaca, boleh tengok permandangan melalui kaca tersebut. Daripada stesen di bawah, anda akan ke stesen tengah yang jaraknya 1.7km sebelum anda boleh sambung naik ke atas, jika sanggup.

3. Skybridge Langkawi

tempat menarik di langkawi img 3

Jika anda mahu sampai ke sini, di Stesen Tengah tadi, anda boleh naik ke Top Station jika hendak ke Skybridge. Untuk makluman anda, pembinaan Skybridge ini siap pada tahun 2004 dan ianya tergantung pada ketinggian 100meter dan boleh menampung dalam satu – satu masa sehingga 250 orang. Disini anda boleh menikmati panorama Pulau Langkawi yang sangat ini namun tempat ini tidak disyorkan kepada mereka yang gayat.

4. Pulau Payar Marine Park Langkawi

tempat menarik di langkawi img 4

Pulau Payar yang merupakan salah satu pulau besar di Langkawi dan jika hendak diikutkan ianya tidaklah menarik pada atas paras laut kecuali pemandanganya yang memukau. Jadi yang menariknya disini adalah pada paras lautnya! Disini terdapat terumbu karang yang dikelilingi oleh hidupan laut bagi tatapan anda, silalah bawa kamera kalis air untuk berswafoto bersama Nemo, Dory dan kawan – kawannya.Setelah menyapu air mata duyung pada wajahnya sendiri

5. Tasik Dayang Bunting Langkawi

tempat menarik di langkawi img 5

Pulau Dayang Buting ini terdapat satu tasik yang sangat cantik untuk pelancong kunjungi. Menurut lagenda, seorang putera bunian bernama Mat Teja jatuh cinta pada seorang puteri bunian yang bernama Dayang. Akhirnya Mat Teja telah berjaya memikat hati Dayang. Kemudiannya, mereka berkahwin dan mendapat seorang cahaya mata. Namun begitu, nasib mereka malang kerana bayi yang dilahirkan tersebut meninggal dunia 7 hari selepas dilahirkan. Kemudian, pasangan tersebut telah menyemadikan bayi itu di tasik ini. Sebelum kembali ke kayangan, Dayang telah membacakan jampi untuk memberikan penawar kepada sesiapa yang mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat.

Tidak tahulah sejauh mana kebenarannya, namun ramai yang mempercayai kisah ini kerana struktur gunung ganang di sekitar tasik ini menyerupai wanita sedang hamil berbaring.

6. Makam Mahsuri Langkawi

tempat menarik di langkawi img 6

Disini terdapat makan mahsuri yang dijumpai oleh Tunku Abdul Rahman. Mungkin kebanyakkan diantara anda telah mengetahui mengenai Lagenda Mahsuri ini bukan? Mahsuri adalah seorang gadis yang berkahwin dengan pahlawan tempatan iaitu Mat Derus, Mahsuri telah difitnah kerana dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki sehingga membawa kepada pembunuhan Mahsuri.Sebelum Mahsuri meninggal, Mahsuri telah menyumpah Langkawi selama 7 tahun! Disini juga terdapat replika rumah Kedah dan juga muzium kecil untuk anda lawati.

7. Air Terjun Telaga Tujuh Langkawi

tempat menarik di langkawi img 7

Telaga Tujuh yang terletak di tebing Gunung Mat Chinchang mempunyai ketinggian 91 meter dan boleh didaki melalui 900 anak tangga yang curam hingga ke bahagian pertama air terjun.Jika ingin ke puncak air terjun, anda perlu mendaki lebih kurang 45 minit hingga 1 jam perjalanan. Telaga Tujuh ini terkenal disebabkan kisah mitos yang dikaitkan dengan kawasan ini, digelar Telaga Tujuh kerana terdapat 7 telaga kecil dimana mitosnya mengatakan itu adalah tempat mandi – mandi puteri kayangan.

8. Kompleks HIG Langkawi

tempat menarik di langkawi img 8

Sebelum balik ke negeri asal, jangan lupa singgah disini untuk membeli belah. Langkawi yang dikenali sebagai zon bebas cukai jadi tidak sah la kalau datang ke sini tetapi tidak membeli belah bukan? Di HIG adalah satu tempat yang anda boleh dapatkan semua barang daripada pinggan mangkuk, kain pelikat, minyat gamat, coklat yang beraneka jenis dan banyak lagi! Jika rasa tidak muat bagasi untuk bawak balik barang, disini juga dijual bagasi. Memandangkan ia adalah sebuah kompleks, maka ia bukan setakat ada kedai sahaja, tetapi ada food court dan juga hotel.

9. Underwater World Langkawi

tempat menarik di langkawi img 9

Jika anda bercuti bersama keluarga, tempat ini sangat sesuai untuk anda. Di Underwater World mempunyai akuarium yang berkeluasan 60000 kaki persegi dan merupakan akuarium terbesar di Malaysia. Di Underwater World ini menempatkan lebih daripada 200 spesis hidupan laut termasuklah Penguin, Amazonian Arapaima dan banyak lagi! Selain dapat melihat pelbagai jenis haiwan dan hidupan laut. Tarikan juga meliputi terowong dalam air sepanjang 15m, teater 3D dan galeri hidupan liar bagi tujuan pendidikan.

10. Taman Buaya Langkawi

tempat menarik di langkawi img 10

Disini menempatkan hampir 1000 ekor buaya yang dipamerkan kepada pengunjung yang datang ke Taman Buaya, Langkawi. Buaya disini diasingkan kepada tiga kolam yang berlainan iaitu kolam pertunjukan, kolam pemakanan dan juga kolam pembiakan. Yang penting jika datang ke sini jangan lupa melawat buaya istimewa yang bernama Bujang Kawi. Bujang Kawi ini adalah seekor buaya yang lahir tanpa gigi dengan berat 450 kilo dan berukuran 13 kaki.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker