Tegar Terpaksa Jual Akaun Mobile Legend Untuk Tampung Kos Rawatan

Baru sahaja beberapa hari Tegar mengumumkan dia dan isterinya telah berpisah, kini Tegar berdepan dugaan dimana neneknya jatuh sakit dan memerlukan rawatan di hospital

Seperti sudah jatuh ditimpa tangga, Tegar 22, terpaksa menjual akaun Mobile Legend nya untuk menampung kos rawatan neneknya.

Didalam satu hantaran Instastory di dalam akaun Instagram miliknya, dia menyatakan bahawa dia memerlukan duit untuk menghantar neneknya yangsakit untuk mendapatkan rawatan. 

“Jika akaun Mobile Legend terjual, saya mahu menghantar nenek saya yang sakit berjumpa dengan doktor.”

Dia juga meminta peminatnya mendoakan kesihatan neneknya yang sedang sakit itu.

“Saya minta anda semua mendoakan kesihatan nenek saya. Semoga cepat sembuh”

Beberapa hari yang lalu pengumuman pencarian antara Tegar dan isterinya Sarah Sheilka telah menjadi buah mulut peminatnya. Dikatakan punca utama penceraian itu berlaku kerana masalah kewangan dan tiada pekerjaan yang tetap.

Leave a Comment

Share Artikel Ini