Pelakon terkenal , Eyka Farhana sudah menjadi bualan ramai kerana dirinya sering berpakaian seksi dan berkongsi gambar tersebut di media sosial.
Walaupun sering dikririk kerana perkara tersebut namun dia masih senang berkongsi gambar buat tatapan peminat dan netizen yang sentiasa memberikan nasihat dan komen tetang imejnya.
Dalam perkembangan terbaru , Eyka dilihat memuat naik sebuah video tentang kehadirannya di sebuah majlis dan mengakui dirinya segan.
Menerusi video itu bekenaan , Eyka seolah terpinga-pinga dan malu-malu ketika disambut mesra oleh seorang wanita di majlis berkenaan.
BACA INI : Syafiq Kyle Akui Terkilan Dengan Apa Yang Berlaku
Menjengan ke ruangan komen berkenaan rata – rata memuji kecantikan dan kelembutan yang ditunjukkan Eyka .
Dia yang berpakaian elegent dan bersesuaian dengan majlis menjadi sorotan orang ramai kerana penampilannya yang sopan dan tidak terdedah seperti sebelum ini.
Namun terdapat juga netizen yang memerli Eyka kerana meletakkan caption “segan ” pada video berkenaan.
Ini kerana Eyka sering berpakaian seksi dan dikatakan mahu menjadi model pakaian dalam jenama terkenal jika berkesempatan.
Pelbagai komen negatif diberikan namun terdapat juga peminat yang masih meninggalkan komen positif dan nasihat agar dia menjaga imejnya agar kekal menjadi pilihan peminat.