Takkan Ada Lagi Johnny Depp Sebagai Captain Sparrow

Sebelum ini kecoh baru-baru ini tentang pelakon sensasi Hollywood Johnny Depp bakal berlakon kembali sebagai Captain Jack Sparrow didalam filem Pirates Of The Caribbean didalam satu perjanjian bersama Disney yang bernilai RM 1.3 billion

Tidak berdiam diri wakil Johnny Depp telah menyatakan kepada ET bahawa tawaran yang sebanyak $300 juta itu adalah palsu dan tidak benar.

Penafian itu dibuat selepas laporan baharu dari Outlet Australia, Poptopic, yang mendakwa Depp sedang berbincang dengan Disney untuk perjanjian $301 juta untuk muncul dalam filem Pirates Of The Caribbean yang keenam itu.

Pada Mei yang lalu penerbit filem ini telah bertanya perihal peranan Captain Jack sparrow kepada Johnny Depp atau nama sebenarnya John Christopher Depp II 59, tetapi Johnny Depp hanya menjawab dia belum sedia untuk kembali.

Semasa tuntutan undang-undang fitnah Depp terhadap bekas isterinya Amber Heard, Depp telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak akan bekerjasama dengan Disney lagi, walaupun mereka menawarkan dia bayaran sebanyak $300 juta.

Walaubagaimapun tiada penjelasan yang jelas berhubung filem ini antara Depp akan kekal menjadi tarikkan utama filem ini atau tidak.

Selepas kemenangannya didalam kes tuntutan undang-undang fitnah, Depp telah kembali bekerja. Depp telah mengeluarkan satu album yang bertajuk “Title 18” yang mempunyai 13 buah lagu, hasil kerja sama Depp bersama gitaris Jeff Beck awal bulan ini.

Leave a Comment

Share Artikel Ini