Pelakon , Zarina Zainoordin kini sudah menginjak umur 40 tahun dan masih lagi belum berkahwin namun tidak mempunyai masalah dengan perkara tersebut.

Malah mengakui yang hanya dirinya sahaja belum berkahwin dalam keluarganya tetapi ibu bapanya tidak pernah mendesak dia untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Bercerita tentang hubungannya dulu , Zarina menjelaskan yang bekas kekasihnya dahulu sudah berkahwin dan mempunyai anak tetapi berlainan dengan dirinya yang masih belum berkahwin sehingga kini.

“Tak sangka sampai sekarang saya belum kahwin lagi. Umur dah nak cecah 40. Bercinta dari zaman sekolah tapi tak kahwin lagi.

“Dulu saya fikir lepas sekolah dah nak kahwin. Orang yang pernah berkawan dengan saya (bekas kekasih) semuanya dah kahwin dan ada anak. Saya sahaja belum,” katanya.

Garang Dan Tegas

Zarina juga menceritakan yang hubungannya bersama bekas kekasih sebelum ini putus kerana tiada persefahaman dan mengakui dirinya seorang yang garang dan tegas ketika itu.

Belajar dengan kesilapan yang pernah terjadi , Zarina mengakui kini sudah berubah menjadi lebih baik dan tidak lagi terlalu kasar sehingga menguris hati orang lain.

“Saya seorang wanita bekerjaya yang terlampau garang, tegas dan apa pun tak boleh. Lelaki pun tak tahan dengan sikap saya. Sekarang saya dah rendahkan ego, tidak panas baran lagi. Saya mengaku dulu memang jenis panas baran sedikit.

“Rasanya saya lebih kena dengan pasangan yang lebih tua kerana dulu kekasih saya muda. Kekasih sekarang pandai ambil hati,” katanya.

“Adik bongsu dah ada tiga anak. Anak-anak buah pun ada yang dah bertunang. Namun saya bersyukur keluarga dan kawan-kawan okey.

Tidak pernah peduli tentang pandangan orang lain, Zarina lebih memilih mendiamkan diri kerana tidak mahu memikirkan perkara tersebut .

“Saya elakkan orang yang suka kepoh hal orang. Tapi kalau orang tanya, saya jawab macam biasa. Kalau rasa sakit telan sahaja.  Normallah orang nak tanya. Kalau yang perli-perli suka hati merekalah. Benda itu bukan kerja kita,” katanya.

Namun dia kini sudah mempunyai kekasih baru yang dikenalinya sejak 10 tahun lalu yang merupakan ahli perniagaan yang sudah mempunyai dua orang anak.

Walaupun begitu ,mereka masih belum memikirkan untuk berumahtangga dalam masa terdekat kerana sibuk dengan kerjaya dan anak- anak .

“Saya nak kahwin, nak sangat. Cuma untuk kahwin belum tahu waktunya kerana kami masing-masing jenis cari duit. Dia berusia 52 tahun dan berstatus dua anak.

Zarina juga memberitahu yang hubungan mereka sudah lama sejak dipertmukan oleh kawan – kawan dan berharap agar hubungan mereka berkekalan sehingga berkahwin.

BACA INI :“Biasalah Setiap Hubungan Ada Pasang Surut, Doa Yang Baik-Baik” – Ubai

“Tunggulah dia fokus pada anak-anak sampai besar sikit. Dia seorang ahli perniagaan dan kami kenal menerusi kawan-kawan. Dialah teman lelaki yang paling lama saya berkawan. Tak sangka juga saya paling lama kawan dengan dia,” katanya