HOT
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Home Berita

“Tak mungkin kami tergamak nak menipu pengguna” – Inai Neelofa Terbukti Halal

Lutfi Shah by Lutfi Shah
July 22, 2022
in Berita, Gosip
0 0
0
“Tak mungkin kami tergamak nak menipu pengguna” – Inai Neelofa Terbukti Halal
0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Neelofa akhirnya memanjatkan rasa bersyukur apabila produk inai yang dikeluarkan olehnya telah terbukti halal.

Sebelum ini produk inai tersebut telah menjadi tular apabila netizen mula mempertikai status halal untuk produk yang dijualnya itu.

“Saya dah tahu dari awal material produk ini halal dan sah solat, namum masih timbul keraguan dalam kalangan netizen dan menjadi tular.”

“Untuk saya buktikan kepada orang tak cukup dengan kata-kata. Jadi kami bekerjasama dengan UMT bagi menjawab segala keraguan.”

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan seronok apabila hasil kajian dilakukan sememangnya membuktikan bahawa inai ini telap air,” katanya ketika ditemui dalam satu sidang media di sini, hari ini.”

Neelofa turut berkongsi bagaimana isu berkaitan produk tersebut telah membuatkan dirinya resah dan tidak dapat tidur nyenyak. Perkara tersebut juga memberikan kesan terhadap penjualan produk tersebut.

“Jujur bila isu ini timbul kami memang tak tidur malam memikirkannya. Rasa sedih, kecewa dan geram. Tapi kami sedia maklum yang ramai risau. Jadi inilah usaha untuk menjelaskan semua keraguan.

Apa yang berlaku turut memberi kesan kepada perniagaan apabila ramai yang was-was untuk beli produk ini,”

Dia menambah, sebagai peniaga sekiranya pelanggan risau, sudah tentu mereka lebih risau lagi. Pihaknya juga tidak mungkin tergamak mahu menipu pengguna.

“Kalau orang lain risau, kami lebih risau. Kerana sebagai peniaga, kami juga menjual atas tiket agama dengan memperkatakan produk ini sah di bawa solat.

“Tak mungkin kami tergamak nak menipu pengguna. Kami reda dengan dugaan ini dan Allah bagi perhatian lebih apabila semua orang ambil berat,”

Tags: adakah inai Neelofa halal digunakaninai Neelofa halal digunakaninai Neelofa halal digunakan untuk solatinai Neelofa halal untuk solatNeelofa lega inai halalstatus halal inai Neelofa dipertikaistatus halal Inai Neelofa terbuti
  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist