“Tak Boleh Upload Selalu, Nanti Orang Kata Try Hard, Meluat” – Izreen Azminda

Pelbagai isu tentang Izreen Azminda yang tular selepas perkahwinan dengan Uda Wahid dan pernah menjadi perbualan hangat di media sosial sehingga melibatkan banyak pihak.

Baru-baru ini pula , pelakon jelita itu tampil memuat naik gambarnya bersama suami tercinta, Ude Wahid di Instagram miliknya dengan caption yang mengundang komen pelbagai daripada netizen.

Melalui perkongsian itu, Izreen menulis bahawa dia tidak boleh terlalu kerap memuat naik foto mesra bersama suami kerana bimbang akan membuatkan orang tidak selesa dan meluat dengan mereka.

Malah senang membalas komen daripada netizen dengan mengatakan dirinya tidak mahu terlalu beriya berkongsi kemesraan bersama suami dan mahu santai sahaja.

BAHAGIA

Komen daripada netizan dan pengikut nampaknya berpihak kepadanya dan seperti memerli individu yang tidak senang dengan perkembangan daripadanya yang terlihat bahagia dan berjaya .

Orang ramai yang hadir di komen berkenaan turut memberikan kata positif dan mendoakan rumahtangga pasangan itu kekal hingga ke akhir hayat .

Sekadar info , Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Ude atau nama sebenarnya Muhamad Radzi Abdul Wahid pada Ogos 2017 dan kini sudah dikurniakan anak .

BACA INI :“Kalau Ibu Dia Bagi Lampu Hijau, Maka Adalah Jodoh Kami” – A.Aida

Pada tahun 2012, Izreen pernah berkahwin dengan pengarah televisyen Muhamad Riza Baharudin namun perkahwinan mereka tidak kekal lama dan berpisah pada tahun 2014 .Hasil perkongsian perkahwinan terdahulu, beliau mempunyai seorang anak lelaki yang  diberi nama Muhammad Adrian Umar.

Leave a Comment