Pasangan penyanyi , Fuad Rahman dan Tom disahkan telah menikah di Batam semalam dan berkongsi tentang pernikahan mereka di media sosial masing – masing.
Malah perkara tersebut juga telah disahkan oleh pengurus Tam , Alan yang mengatakan bahawa urusan pernikan dilakukan di Batam atas sebab tertentu dan juga kerana mahu memudahkan urursan mereka.
“Iya betul , kalau hendak diikutkan, mereka bernikah di Malaysia pada 5 Mac depan. Namun, tarikh itu dipercepatkan.”
“Memang rancang nak nikah awal , kalau buat di Kuala Lumpur banyak urusan perlu diselesaikan seperti kursus kahwin dan sebagainya.
“Dalam masa sama ia juga melibatkan bekas isteri Fuad. Jadi untuk mudah, mereka bernikah di Batam. Tom dan Fuad akan daftar perkahwinan mereka sejurus pulang ke Kuala Lumpur nanti,” jelas Alan.
Semalam , Tom dan Fuad dilihat memuat naik foto di Instagram (IG) mereka dengan memaparkan inai di jari dan memegang sebentuk cincin malah berkogsi moment saat Fuad menyarungkan cincin ke jari Tom .
Majlis Sederhana
Majlis sederhana yang dilakukan di Batam itu hanya dihadiri rakan dan ahli keluarga terdekat bagi memudahkan urusan dan tidak melibatkan pihak media atau orang ramai.
Walaupun sudah menikah di Batam namun mereka juga mengatakan yang mereka akan bersanding di Malayisa selepas Hari Raya Aidilfitri dan bakal menjemput orang ramai ke majlis tersebut.
Malah Tom bersyukur kerana segalanya dipermudahkan dan majlis sederhana itu berjalan lancar seperti yang diharapkan semua yang terlibat dalam majlis tersebut.
Rata – rata sahabat dan rakan artis mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan pasangan ini dalam melayaru rumhatangga bahagia selepas ini.
Sekadar info , pasangan ini dikatakan bercinta semasa menyertai program realiti , Gegar Vaganza musim ke 9 (GV9) dan mengesahkan hubungan mereka setelah final GV.
BACA INI :Noor Nabila Dan Engku Emran Didakwa Sudah Berpisah
Lebih mengejutkan lagi bila mereka menceritakan kepada media yang mereka sebenarnya pernah menjalinkan hubungan cinta pada 2005 namun hubungan mereka terputus di tengah jalan .