Pada mulanya Syamsul Yusof tidak mahu memberikan sebarang komen selepas ditemubual oralh media namun telah tampil menerusi video di Instagram miliknya bagi menjelaskan situasi sebenar yang berlaku di mahkamah baru – baru ini.
Terdapat beberapa sebab mengapa dia enggan melepaskan Puteri Sarah dan perlu memberikan penjelasan kepada media tentang perkara itu agar tidak menjadi fitnah kepadanya.
Syamsul memberitahu yang Sarah telah meminta “sesuatu ” dalam jumlah yang sangat besar dan dia mengakui pada mulanya bersetuju namun selepas memikirkan perkara tersebut dia telah menukar fikiran kerana merasakan ianya terlalu besar.
“Dia minta satu jumlah yang saya boleh katakan besar. Ramai sebenarnya tak setuju yang saya bersetuju dengan apa yang Puteri Sarah minta tapi okey saya setuju,” katanya.
Syamsul juga menjelaskan yang Puteri Sarah telah meminta dia untuk menarik balik permohonan nusyuz mengatakan Puteri Sarah ada hubungan dengan suami orang dan telah bersetuju untuk menarik balik kes tersebut.
Namun telah memberikan syarat agar Sarah menarik balik kes yang melibatkan isterinya keduanya dan pada mulanya mereka berdua bersetuju tetapi terdapat penjanjian baru diberikan selepas beberapa hari pertemua tersebut.
“Saya kata boleh tarik. Begitu juga dengan Puteri Sarah, kita tak nak panjangkan benda ini. Saya cakap dengannya saya tarik kes nusyuz dan dia juga tarik kes isteri kedua saya Ira,” katanya.
“Alhamdulillah dia bersetuju. Saya juga bersetuju. Kita dah capai kata sepakat. Tapi beberapa hari lalu tiba-tiba saya dapat satu perjanjian baru daripada Puteri Sarah dan peguamnya.
Meminta Lebih
“Ia memang berlainan daripada persetujuan perjanjian asal. Pihak Puteri Sarah yang menukar secara tiba-tiba, meminta lebih lagi, meminta duit yang lebih banyak, meminta harta-harta yang lebih banyak yang pada saya tak masuk akal,” katanya.
“Memang saya takkan sebut. Tapi sekarang dia putar cerita bahawa saya yang tukar perjanjian, saya yang ‘u-turn’,” katanya.
Syamsul pada mula tidak mahu memanjangkan perkara tersebut keranan mahu meneruskan kehidupan dengan baik dengan berlapang dada demi anak-anak mereka .
Namun perkara tersebut berlaku kerana Puteri Sarah tidak mahu mencapai kata sepakat yang baik malah menukar perjanjian asal, yang menyebabkan Syamsul terpaksa meneruskan kes tersebut.
“Saya pelik juga pada asalnya tidak membabitkan dengan kes nusyuz atau Ira. Itu bukan isu sebenarnya. Isu Sarah sebenarnya kenapa tiba-tiba minta duit banyak lagi. Saya tak faham. Padahal yang diberikan itu pun dah lebih daripada perlu.
BACA INI :“Mental saya dah cukup koyak ,” – Zulin Aziz tegaskan kisah cerai bukan gimik
“Tapi dia minta lebih lagi. Kalau itu pilihan Sarah saya tak boleh dapat kata sepakat dan kita terpaksa lawan. Jadi kita serahkan kepada mahkamah,” katanya.