Hari ini , pelakon dan pengarah filem terkenal , Syamsul Yusof, 39, dan isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana, 38, telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah , Wilayah Persekutuan , Kuala Lumpur.
Mohd Syamsul Mohd Yusof atau lebih dikenali sebagai Sol telah melafazkan cerai talak satu kepada Puteri Sarah di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Akmalluddin kemudian mensabitkan berlaku perceraian dan memerintahkan Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Sarah agar menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka di Makhamah Syariah.
Sarah yang hadir ke mahkamah pada hari tersebut ditemani adiknya dan sahabat terdekat dengan memakai baju kurung berwarna kurung bersyukur kerana segalanya berjalan dengan lancar pada hari yang sama tanpa perlu memanjangkan kes .
Selesai Dengan Damai
Sebelum prosiding berlangsung pagi tadi , Syamsul telah mengatakan yang segalanya akan diselesaikan dengan damai pada hari ini dan sudah berbincang secara baik untuk keputusan hari ini.
Malah Sarah turut berkongsi yang dia berharap agar segala kemelut yang melanda dapay diselesaikan dengan segera kerana sudah tiada apa yang perlu dibincangkan lagi unutk memperbaiki hubungan mereka.
Terdahulu , Mahkamah Rendah Syariah di sini dimaklumkan tiada ruang untuk Syamsul dan Puteri Sarah untuk berdamai dalam kemelut rumah tangga mereka kerana wujudnya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.
Menerusi Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dibentangkan di mahkamah mengesahkan berlaku shiqaq pada pasangan itu dan kewujudan pihak ketiga.
Pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Puteri Sarah mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian dan Sarah sudah membuat keputusan untuk berpisah .
BACA INI :“Makin Lama Orang Membenci, Itu Semua Doa,”- Aina Ditegur Ibunya
Sekadar info , Syamsul dan Puteri Sarah telah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4 yang kini dibawah jagaan Puteri Sarah.