Masih lagi tidak berhenti dengan kontroversi, Crackhouse Comedy Club yang sebelum ini telah disimbah dengan cat oleh individu yang tidak dikenali telah menjadi viral. Terbaru pengasas Crackhouse Comedy Club pula diugut bunuh
Sebelum ini, Siasatan polis terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bank dan premis berhampiran lokasi kejadian Crackhouse Comedy Club yang disimbah cat dipercayai perbuatan itu telah dilakukan dua lelaki.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata semakan polis terhadap rakaman CCTV itu mendapati dua lelaki menaiki kereta jenis Proton Waja.
“Pengadu yang bekerja di bank tersebut membuat laporan polis hari ini pada jam 10.07 pagi bahawa pintu masuk utama mereka disimbah cat berwarna hitam.”
“Kejadian itu disedari berlaku kira-kira jam 8.15 pagi semasa pengadu dan pekerja lain mahu masuk bekerja di Hong Leong Bank, Lorong Rahim Kajai 14, TTDI, di sini.”
“Pihak polis sudah membuat semakan rakaman CCTV di bank berkenaan dan mendapati kejadian berlaku hari ini antara jam 4.15 pagi hingga 5.09 pagi,”
Bukan itu sahaja Menurut portal The Vibes, Rizal atau nama sebenarnya Rizal van Geyzel pengasas bersama Crackhouse Comedy Club, sebelum ini pernah mendapat ugutan bunuh sehinggakan terpaksa menukar nombor telefon.
Pada ketika itu, dia tidak membuat laporan polis memandangkan isu hina agama tersebut masih berterusan. Tetapi individu yang memberi ugutan seolah-oleh memberi bayangan bahawa perkara itu tidak akan berhenti disitu sahaja.
Bukan setakat dirinya sahaja diugut, Difahamkan isterinya telah menerima panggilan ugutan mbunuh itu pada pukul 4.30 minit pagi Ahad yang lalu.
Difahamkan Rizal telah membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail bagi memastikan keselamatan mereka sekeluarga terjamin.