Selepas tular tentang wanita yang mendukung nak sambil bekerja baru – baru iini membuatkan ppendakwah terkenal, Ebit Lew tampil menghulurkan bantuan kepada individu tersebut .
Wanita yang berstatus ibu tinggal itu dikatakan mempunyai seorang anak perempuan dan bekerja sebagai penghantar makanan bagi meneruskan kehidupan di ibu kota.
Dia dilihat berjalan kaki untuk menghantar makanan ke rumah pelanggan sambil mendukung anaknya dan perkara itu membuatkan orang ramai terharu dengan kesungguhan wanita tersebut dalam mencari rezeki yang halal.
Malah Ebit Lew juga merasa terharu dan kagum dengan usaha wanita tersebut dan terus menyediakan motor tersebut untuk diserahkan kepada wanita tersebut melalui Pertubuhan Kasih Umat Malaysia.
Menerusi satu perkongsian daripa daEbit Lew, ibu tunggal itu menjadi penghantar makanan dengan berjalan kaki untuk menyara kehidupannya bersama anak perempuannya.
Malah wanita tersebut merupakan seorang anak yatim dan telah lama berpisah dengan suaminya dan masih dalam proses mahkamah namun terdapat beberapa keraguan apabila terdapat komen yang mengelirukan pada hantaran tersebut.
Suami Muncul
Menjengah keruangan komen hantaran berkenaan , suami kepada wanita tersebut yang bernama Emy turut tampil menjelaskan bahawa hubungan mereka masih lagi suami isteri yang sah dan masih dalam proses mahkamah.
Menurut individu tersebut , dia dan wanita itu masih lagi berhubung dan bersama dalam menguruskan anak mereka yang masih kecil malah tidak segan mengakui yang dirinya msih sayangkan perkahwinan mereka.
Suami kepada wanita itu turut memohon doa daripada orang ramai agar hubungannya bersama isterinya itu pukih dan dapat kembali bersama dan mengaanggap bahawa semua yang berlaku sebagai ujian kepadanya sekeluarga.
Namun kenyataan daripda lelaki tersebut tidak berhenti disitu sahaja kerana terdapat netizen yang tidak berpuas hati kerana lelaki tersebut tiba- tiba muncul setelah isterinya itu menerima moto Y15 daripada Ebit Lew.
BACA INI :Bakal Isteri Dr Che Hafiz , Julia Farhana Buat Laporan Polis Terhadap Lufya
Malah ada yang menuduh bahawa lelaki tersebut sengaja hadir kerana mahukan motor tersebut dan bukannya kerana masih sayangkan isterinya dan mungkin malu kerana sudah tular sehingga ke media sosial tentang dirinya yang tidak bertanggungjawab.