Sebelum ini tular tentang sebuah kenyataan yang mendakwa ND Lala sudah berkahwin lagi namun tiada sebarang kenyataan daripada pihaknya dan juga keluarga.
Malah isterinya , Datin Fauziah Sarman berkongsi gambar mereka di media sosial dengan kapsyen sweet dan terlihat begitu bahagia disamping suaminya itu.
Namun semalam , perkongsian terbaru daripada isterinya menimbulkna tanda tanya dan membuatkan netizen mempersoalkan tentang masalah yang dihadapinya sehingga memuat naik status seperti itu.
Menerusi perkongsian di Instagram itu, kapsyen dikongsikan ibu kepada penyanyi Shila Amzah itu mempunyai maksud mendalam dan seperti meyindir seseorang.
“Jika sekiranya DIAM itu bijak. LAKUKANLAH. Tapi ketika BIJAK itu di injak BICARALAH,” luahnya diikuti dengan tanda pagar #Allahtaktidur dan #alhamdulillahforeverything,” tulisnya.
Bersabar dan Tenang
Menjengah keruangan komen berkenaan , rata – rata pengikut mendoakan agar Datin diberikan kasabaran dan bersetuju dengan kapsyen yang dikongsikan tersebut.
Kapsyen yang hanya dikongsikan bersama gambarnya masih belum dapat menjelaskan maksud yang tersirat dan orang ramai masih bertanya tentang dakwaan yang tular di media sosial tersebut.
Namun masih mendapat sebarang kenyataan sah daripada ND Lala atau ahli keluarganya yang terdekat malah tiada gambar atau kenyataan daripada pihal lain .
BACA INI :Ella Padam Semua Gambar Di IG , Perkongsian Terakhir Buat Peminat Terharu
Malah Shila Amzah dilihat hanya mendiamkan diri dan mungkin tidak mahu ikut campur dalam masalah ibu bapanya dan sedang sibuk dengan konsert yangb akal diadakan nanti.