HOT
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Home Artis Malaysia

Siti Nurhaliza Dedah Punca Tolak Tawaran Jadi Juri Big Stage Musim Terbaru

admin by admin
May 11, 2023
in Artis Malaysia, Gosip
0 0
0
Siti Nurhaliza Dedah Punca Tolak Tawaran Jadi Juri Big Stage Musim Terbaru
0
SHARES
1
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Rancangan realiti popular , Big Stage 2023 telah mula ditayangkan pada Ahad lalu dengan menyaksikan 13 orang peserta berentap untuk merebut gelaran juara.

Rancangan ini mula menjadi perhatian ramai kerana kehadiran dua pengacara popular dari Malaysia dan Indonesia yang mencuit hati dan bersahaja ketika mengacara.

Namun terdapat beberapa pertanyaan daripada netizen berkenaan kelibat Dato Siti yang tidak kelihatan ketika acara sedang berlangsung dan menimbulkan tanda tanya kepada semua peminat rancangan tersebut.

Diasak dengan pelbagai soalan serta spekulasi berkenaan perkara tersebut , Dato Siti tampil menjelaskan yang dirinya yang menolak tawaran untuk menjadi juri atas sebab tertentu dan tidak mempunyai masalah dengan pihak lain.

Lebih Masa Untuk Anak

Siti juga menegaskan yang dia melakukan semua itu kerana mahu menghabiskan masa dengan anak- anak dan tidak mahu terlalu sibuk bekerja sewaktu anaknya semakin membesar .

Dia juga sudah lama berhasrat untuk meluangkan lebih masa untuk anak -anaknya kerana sudah mempunyai dua orang anak dan mereka memerlukan lebih perhatian daripadanya.

Malah sebelum ini Dato Siti sudah sering meninggalkan anaknya , Aafiyah ketika menjadi juri dalam rancangan Big Stage dan itu membuatkan dirinya tidak tenang kerana banyak menghabiskan masa dengan bekerja berbanding bersama anaknya itu.

“Sebab saya ada dua anak, komitmen banyak. Balik dari jadi juri itu, kadang-kadang waktu tak mengizinkan , dulu masa Aafiyah pun, saya minta maaf kadang-kadang saya tak dapat nak pergi sidang media dan sebagainya sebab anak kecil lagi , ”

“Bila ada dua orang anak sekarang ini, komitmen lagi besarlah kan , nak tinggalkan mereka ,” – Dato Ct.

Menjengah ke ruangan komen pada perkongsian video berkenaan , rata-rata warganet memahami akan fasa kehidupan sebagai seorang ibu yang perlu memberikan tumpuan kepada perkembangan anak-anak terutama ketika mereka masih kecil.

BACA INI :Madu Miera Liyana Tak Mahu Berpisah , Luah Rasa Sedih Bila Suami Fail Cerai

Netizen juga menyokong apa yang dilakukan oleh Siti dan bersetuju dengan keputusan tersebut kerana lebih memilih menemani anaknya berbanding menerima tawaran menjadi juri dalam rancangan hiburan itu.

  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist