HOT
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Home Uncategorized

Siti Hariesa Tak Menyesal Buat Babak 18SX! Berani Katanya!

Lutfi Shah by Lutfi Shah
May 28, 2022
in Uncategorized
0 0
0
Siti Hariesa Tak Menyesal Buat Babak 18SX! Berani Katanya!
0
SHARES
2
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Hampir dua bulan berdiam diri selepas terpalit dengan kontroversi babak panas dalam drama Perempuan Itu, pelakon Siti Hariesa berkata dia tidak menyesal dengan apa yang berlaku.

Gadis berusia 24 tahun itu berkata dia bertindak mengunci mulut untuk meredakan situasi panas agar tidak berlanjutan. Kata Hariesa lagi, kontroversi yang berlaku mengajar dirinya untuk lebih berhati-hati dalam memilih watak selepas ini..

“Saya tak hilang ke mana-mana. Cuma, saya bercuti selama sebulan selepas selepas penggambaran drama Perempuan Itu..

“Tindakan berdiam diri kerana saya tak mahu mengapi-apikan dan terus sensasi isu ini. Lebih baik saya membisu daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan,” katanya..

“Pada mulanya, saya rasa lawak apabila babak ini tular. Kemudiannya, barulah saya sedar beginilah perasaannya apabila diri ditularkan.

“Saya tidaklah menyesal kerana sebagai pelakon, saya kena profesional. Apa yang dilakukan atas tuntutan kerja, bukannya nak berseronok ataupun suka-suka,” katanya.

Dalam pada itu, Hariesa berjanji akan lebih berhati-hati dalam memilih watak serta menjadikan apa yang berlaku sebagai satu pengajaran.

“Insya-Allah, saya akan lebih teliti dalam menerima tawaran berlakon kerana ini adalah kali pertama saya ditularkan dan menerima kecaman hebat,” katanya.

Pada Mac lalu, hangat diperkatakan apabila pelakon Zul Ariffin memuat naik klip sedutan babak panas bersama Siti Hariesa sekaligus mengundang kecaman ramai..

  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist